Tuesday, 24 November 2009
Panduan Penjagaan Komputer (Supaya PC Tahan Lama)
1) Matikan komputer anda dengan betul.
Jangan terus matikan komputer anda dengan off terus plug ataupun dengan terus menekan butang off pada komputer anda. Setiap OS (Windows,MacOS,Linux Distro...) menyediakan fungsi SHUT DOWN dalam OS masing-masing, gunakannya untuk mematikan komputer anda. Mematikan terus komputer boleh menyebabkan data di dalam hard disk menjadi corrupt ataupun rosak. Hard disk yang corrupt boleh menyebabkan anda terpaksa install semula OS anda, dan yang paling teruk boleh menyebabkan anda kehilangan data. Jadi sebelum mematikan komputer anda, ingat......gunalah SHUT DOWN.
2) Jangan gegar atau langgar casing komputer anda.
Setiap komponen dalam casing komputer anda amat-amatlah sensitif. Hard disk boleh rosak dalam sekelip mata jika ianya bergegar semasa ia berfungsi.
Wednesday, 7 October 2009
Backup Data guna UBUNTU
Komputer anda yang rosak, Windows error yang memerlukan anda untuk install semula Windows, dan anda perlukan komputer anda itu untuk menaip assignment yang anda perlu hantar keesokannnya. Nak tunggu Windows untuk install dah takde masa. Jadi bagaimanakah cara penyelesaian kepada permasalahan ini? Jawapannya DENGAN MENGGUNAKAN UBUNTU....ya, UBUNTU...
UBUNTU dilengkapai dengan ciri yang dipanggil Live CD. Apa itu Live CD? Live CD membolehkan perisian terutamanya OS dijalankan pada komputer tanpa memerlukan pengguna install terlebih dahulu OS tersebut. Dengan hanya menetapkan komputer supaya boot kepada CD/DVD, anda sudah boleh menggunakan Live CD UBUNTU tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai Live CD UBUNTU, layari laman ini..
UBUNTU Live CD
Saturday, 26 September 2009
Kenapa komputer ku slow???!!!
Anda mungkin pernah mengalami masalah ini, prestasi komputer anda semakin perlahan. Jika dulu komputer anda dapat menjalankan aplikasi sepantas kilat, sekarang ni nak jalankan program kecil pun terhegeh-hegeh. Kadang-kadang bila anda sentuh casing komputer atau laptop anda, terasa bahangnya.
Kebanyakan dari pengguna komputer akan melakukan perkara seperti berikut bagi mengembalikan prestasi komputer kesayangan, antaranya ialah Scan Registry, buang program yang jarang digunakan, buang fail temporary, defrag cakera keras dan maca-macam lagi. Semua ini dilakukan demi mengharapkan prestasi komputer kembali seperti sedia kala. Malangnya setelah semua itu dilakukan, keputusannya tetap sama, komputer tetap lembab macam siput…
Buntu dalam mencari punca kenapa komputer lembab, anda bercadang hendak format dan install semula Windows saja. Tunggu dulu!! sebelum anda menghabiskan masa dengan menginstall semula Windows, cuba anda buka casing komputer anda, dan saya pasti di dalam casing anda telah berkumpul habuk.
Bersihkan habuk berkenaan dan anda akan pasti merasakan prestasi komputer akan seperti sediakala…..
Selamat mencuba….
Monday, 13 July 2009
Tiba-tiba semuanya "GELAP"
Secara asasnya terdapat lima punca yang boleh anda kenalpasti bagi menyelesaikan masalah ini.
1) Masalah kepanasan terlampau.
Kepanasan terlampau boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada komponen komputer. Masalah ini biasanya terjadi kepada prosesor, power supply dan casing. Jadi, bagi mengelakkan masalah ini terjadi, pembuat motherboard telah meletakkan sensor pengesan haba bagi mengesan terjadinya kepanasan melampau pada prosesor, power supply dan di dalam casing. Sistem komputer akan terpadam dengan sendirinya jika suhu sudah mencapai nilai maksimumnya.
Berikut adalah langkah demi langkah untuk mengenalpasti samaada komputer anda terpadam berpunca dari kepanasan melampau ini @ tidak :
-: Periksa kipas pada bahagian belakang power supply, pastikan ianya berfungsi dengan baik dan tidak mengeluarkan bunyi bising yang menandakan berlakunya sekatan pada pusingan kipas tersebut.
-: Periksa kipas yang terdapat pada heat sink prosesor dan pada casing komputer. Pastikan ianya berfungsi dengan baik dan tiada sekatan.
-: Periksa sambungan slot heatsink dengan prosesor samaada longgar atau tidak. Kadang-kadang proses penukaran @ upgrade komputer boleh menyebabkan masalah ini berlaku.
-: Periksa suhu sistem dan prosesor melalui BIOS. Sesetengah nilai maksimum suhu sistem dan prosesor pada BIOS boleh ditetapkan.
2) Masalah atau kesilapan pemprosesan hardware.
Hardware yang bermasalah @ tidak serasi boleh menyebabkan masalah ini. Pastikan tidak berlaku konflik antara hardware dengan memeriksanya pada device manager pada control panel > system.
3) Jangkitan virus.
Pastikan komputer anda sentiasa dilengkapi dengan anti virus terbaru dan up date. Sentiasa peka dengan serangan virus terbaru lebih-lebih lagi jika komputer anda bersambung dengan internet dan berkongsi fail dalam rangkaian @ thumb drive.
4) Masalah dengan Sistem Operasi.
Windows yang bermasalah boleh menyebabkan berlakunya perkara ini. Cuba install windows baru jika anda mengesyaki masalah ini berpunca dari windows. Biasanya akan keluar skrin ralat sebelum komputer itu shutdown jika masalah ini berpunca dari windows.
5) Kegagalan komponen.
Setelah anda install windows baru, komputer tetap shutdown secara tiba-tiba, masalah ini mungkin berpunca dari kegagalan pada RAM, Processor, motherboard ataupun power supply.
Saturday, 11 July 2009
BSOD...apa tue nyerk??
Sedang anda asyik menggunakan komputer untuk menyiapkan assignment anda, tiba-tiba komputer anda memaparkan paparan berwarna biru. Alangkah kecewanya anda bila assignment yang ditaip itu belum pun sempat si "save" lagi. Mengapakah komputer memaparkan paparan sedemikian dan apakah pula punca kepada permasalahan tersebut. Jom kita fahami permasalahan ini.

Paparan yang dipaparkan oleh komputer tersebut adalah apa yang dikenali sebagai BSOD. BSOD adalah singkatan kepada "Blue Screen of Death". Ianya dipaparkan apabila Windows mengalami masalah ralat sistem (System error). Biasanya selepas memaparkan paparan ini, windows akan terpadam (Shut down) dengan sendiri. Ini bertujuan bagi mengelakkan kerosakan sama ada dari segi harware ataupun software.
Berikut adalah antara punca - punca mengapa BSOD terjadi.
1) kerosakan fail Device driver, Registry, fail DLL yang tidak serasi.
2) Kerosan memori (RAM).
3) Kerosakan power supply.
4) Kepanasan terlampau bagi sistem terutama Prosesor.
5) Ketidakserasian antara perkakasan.




