Wednesday 30 April 2008

Mengenali Processor (Pemproses)

Setelah mengenali motherboard, perkara kedua yang perlu diberi adalah processor. Processor boleh diibaratkan sebagai otak kepada komputer. Sebelum mengenali dengan lebih lanjut mengenai processor, eloklah kita membincangkan jeenama processor yang terdapat dipasaran. Terdapat beberapa pengeluar utama processor iaitu Intel, AMD dan lain-lain. Di sini saya hanya akan membincangkan mengenai processor keluaran Intel. Processor keluaran Intel adalah antara yang paling stabil dan banyak motherboard yang menyokongnya. Sebelum membeli processor, beberapa perkara yang perlu diketahui iaitu:

Model processor



Model adalah nama yang diberikan kepada processor, contohnya Pentium 4. Terdapat banyak model processor yang dikeluarkan oleh Intel untuk pasaran, antaranya Pentium Core Duo, Pentium Core 2 Duo, Celeron dan lain-lain.






Kelajuan Processor (Processor Speed)
Menentukan kelajuan sesuatu processor. Diukur berkasarkan kepada kelajuan kitaran proses yang dilakukan oleh processor dalam sesaat. Dinyatakan dalam unit Hertz. Kelajuan processor yang terbaru adalah dalam Gigahertz (1 bilion kitaran proses sesaat).
Jenis soket
Soket bermaksud jenis pin (penghubung) yang terdapat pada processor. Terdapat dua jenis soket, iaitu
  • Processor Soket 478 dan soket pada motherboard (perhatikan gambarajah)

  • Processor Soket LGA775 dan soket pada motherboard (perhatikan gambarajah)


Kelajuan Front Speed Bus (FSB) processor

Seperti dalam artikel saya yang lepas berkenaan motherboard, processor juga mempunyai kelajuan FSB nya yang tersendiri. Nilai FSB processor dinyatakan dalam Megahertz (MHz).



Ok, setelah kita mengetahui fakta mengenai processor berkenaan model, jenis soket dan kelajuan FSB processor, bagaimanakah cara kita hendak membaca parameter ini pada processor. Sekarang perhatikan gambar di bawah :

Perhatikan parameter seperti berikut:
Pentium 4
2.2 GHz/512/400/1.5V
Parameter yang penting untuk anda ketahui hanyalah yang diboldkan. Sekarang saya terangkan:
pentium 4 = (model)
2.2 GHz = (Kelajuan Processor)
400 = (Kelajuan FSB processor)
Jenis soket = perhatikan pin dibawah processor.

Jadi, apabila kita hendak membeli processor, parameter yang hendaklah disebut kepada jurujual adalah seperti berikut:
( model, jenis soket, kelajuan processor, kelajuan FSB processor )
contohnya :
Pentium 4 soket 478 2.2GHz Bus speed 400MHz
Ok, setakat ini sahaja buat kali ini. Diharap agar anda dapat menimba ilmu berkenaan processor. Berjumpa lagi disesi akan datang...
DUNIA KOMPUTER KLON..PEACE.

Mengenali Motherboard

Motherboard atau papan induk adalah salah satu komponen yang diperlukan untuk membina sistem komputer. Terdapat bermacam2 saiz motherboard di pasaran. Antara jenama motherboard yang popular adalah Gigabyte, Asus dll. Untuk memulakan pemasangan komputer anda sendiri, motherboard adalah komponen yang pertama anda perlu selidik. Ini adalah kerana spesifikasi komputer yang lain seperti jenis processor, RAM, Hard disk, graphic card dan lain2 adalah bergantung kepada sokongan (support) oleh motherboard. Beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian semasa hendak membeli motherboard adalah :
  • Kelajuan Front Speed Bus (FSB ) yang disokong

Kelajuan FSB dinyatakan dalam unit Megahertz (MHz), contohnya 1066 MHz, 800 MHz dll. Biasanya FSB yang disokong akan dinyatakan dalam julat (range) tertentu, contohnya motherboard MS-7255 menyokong FSB 1066/800/533 MHz. Ini bermaksud, semua nilai FSB yang dinyatakan adalah disokong. Kelajuan FSB yang disokong oleh motherboard haruslah sama dengan kelajuan FSB pada processor dan RAM.

  • Jenis pemproses yang di sokong (Processor support)
Terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira iaitu jenis dan kelajuan processor, kelajuan FSB processor dan bentuk pakej processor yang disokong oleh motherboard. Jenis processor, kelajuan processor, kelajuan FSB dan pakej akan saya bincangkan dalam topik pemproses nanti. Contohnya:

Jika anda mahu membina sistem komputer dengan pentium 4, anda harus memastikan processor yang anda beli disokong oleh motherboard, pastikan anda mengikut format ini:
Senaraikan spesifikasi processor mengikut format
(jenis dan kelajuan processor, kelajuan FSB processor, jenis pakej)
contohnya
(Pentium 4 2.0 GHz, FSB 800MHz, LGA775 Package)
Pastikan anda membeli motherbord yang memenuhi sokongan spesifikasi seperti di atas.
  • Jenis Memori (RAM) yang disokong (Memory support)

Terdapat tiga perkara yang perlu dimbil kira iaitu jenis RAM, kelajuan FSB RAM dan had maksima RAM yang disokong. Jenis RAM dan kelajuan FSB RAM akan saya bincangkan dalam topik RAM nanti. Contohnya:

Jika anda mahu membina sistem komputer dengan RAM 1GB DDR2, anda harus memastikan RAM yang anda beli disokong oleh motherboard, pastikan anda mengikut format ini:

(Jenis dan kapasiti RAM, kelajuan FSB RAM) , contohnya ( DDR2 512MB, FSB 667)

Pastikan anda membeli motherboard yang memenuhi spesifikasi seperti di atas.

  • Sokongan Slot (Slots)

Kebiasaannya, jenis slot yang terdapat pada motherboard adalah AGP, PCI Express dan PCI. Slot biasanya digunakan untuk menempatkan komponen Expension Card seperti Graphic card, Sound card, TV card, Modem dan sebagainya. Biasanya, semasa hendak membeli motherboard, anda harus memastikan jumlah slot mengikut jenis. Contohnya, jika anda bercadang hendak menggunakan 2 Expension Card jenis PCI dan 1 PCI express, maka motherboard yang hendak dibeli haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 2 slot PCI dan 1 slot PCI Express.

  • Sokongan IDE @ SATA

IDE @ SATA digunakan bagi membeli hard disc. Jika motherboard anda menyokong IDE, maka anda haruslah membeli hard disc jenis IDE ataupun motherbord anda menyokong SATA, maka anda haruslah membeli hard disc jenis SATA.

  • Sokongan Connectors

Digunakan bagi menentukan jenis keyboard, mouse, monitor dan casing yang akan dibeli. Terbahagi kepada dua iaitu:

back panel

yang terdiri daripada PS/2 keyboard dan mouse, Serial, Parallel, VGA (optional), USB, LAN (optional), Audio (optional)

Onboard Pinheaders

Yang terdiri daripada Front audio, CD-in, SPDIF (optional), USB, Serial (optional).

  • Form factor

Saiz motherboard dinyakan dalam bentuk form factor.

Biasanya dinyatakan dalam format:

(Jenis form factor, saiz) contohnya (Micro-ATX 24.4cmX21.0 cm)

Digunakan bagi menentukan jenis casing yang akan dibeli. Pastikan saiz dan form factor motherbord disokong oleh casing.

OK, setakat ini dulu buat kali ini. Diharap anda dapat memahami apa yang disampaikan.



Friday 25 April 2008

SESI 1 : Pengenalan

Setiap orang akan menganggap setiap yang berjenama itu adalah lebih baik dan berkualiti. Anggapan ini mungkin kurang tepat bagi komputer. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya berkata demikian. Tahukah anda yang komputer itu dibina dari komponen yang berasingan, yang dikeluarkan oleh syarikat yang berlainan. Apa yang syarikat komputer (yang berjenama) lakukan hanyalah memasangnya atau mencantumkannya membentuk satu sistem komputer yang diberikan penjenamaan mengikut syarikat mereka.

Sekarang kita akan mengenali komponen-komponen yang diperlukan bagi membina satu sistem komputer yang lengkap. Setiap komputer (samaada klon atau jenama) adalah terdiri daripada:
  1. Motherboard (papan induk).
  2. Processor (Pemproses).
  3. Random Acces Memory (Memori capaian rawak).
  4. Hard disc Drive (Pemacu cakera keras)
  5. Floopy Disc Drive (Pemacu Cakera Liut)
  6. CD ROM / DVD ROM / CDRW Drive (Pemacu Optikal)
  7. Graphic Card (Kad paparan) *Pilihan / optional
  8. Sound Card (Kad Bunyi) *Pilihan / optional
  9. Network Card (Kad Rangkaian) *pilihan / optional
  10. Casing (Perumah)
  11. Monitor
  12. Keyboard (papan kekunci)
  13. Mouse (tetikus)

Ya, gabungan komponen-komponen inilah yang akan membentuk satu sistem komputer.

OK, saya rasa cukuplah kali ini. Pada sesi yang akan datang, kita akan mengenali setiap komponen dengan lebih terperinci.

Selamat datang ke MOHADILA CORNER

Ingin mendapatkan maklumat berkenaan komputer, maksud saya segalanya tentang komputer, dari asas perkakasan hinggalah pemasangan (Instalation) Windows, Blog ini adalah tempat yang terbaik untuk anda lawati. Blog ini saya wujudkan kerana sepanjang pemerhatian saya di internet, didapati kurangnya sumber rujukan dalam bahasa melayu berkenaan pemasangan komputer..apatah lagi yang diberi secara percuma. Apa yang akan saya sampaikan nanti melalui Blog ini adalah dalam bahasa yang mudah. Diharapkan kemunculan Blog ini akan memberikan manfaat kepada semua...terutamanya kepada individu yang ingin mendalami teknik pemasangan komputer...yang mungkin akan anda gunakan untuk membina set komputer sendiri, yang pastinya kos penghasilannya jauh lebih murah dari set yang dibeli dari kedai.