Sunday 19 October 2008

Cara mudah meningkatkan prestasi komputer

Sesuai dengan tajuknya, penyelesaiannya juga mudah. Bagi meningkatkan prestasi kelajuan komputer anda, anda tidak perlu untuk membeli PC baru, cukup hanya dengan menambah RAM sahaja. Jika PC anda sekarang menggunakan RAM 512MB, cuba tambah RAM anda menjadi 1GB. Ternyata kelajuan PC anda akan berganda....



Tetapi pastikan yang RAM yang anda beli itu sama spesifikasinya dengan RAM lama anda. Untuk lebih memahami RAM, rujuk rencana mengenali RAM.



Cukup setakat ini...

Wednesday 15 October 2008

Kongsi STREAMYX (Bahangian 2)

Kali ini saya akan menerangkan tentang bagaimana untuk anda berkongsi sambungan internet (STREAMYX). Pada rencana yang lepas, saya telah menerangkan bagaiman caranya untuk berkongsi sambungan internet dengan menggunakan kaedah "Internet Connection Sharing" yang terdapat pada sistem operasi Windows XP. Walaupun kaedah ini dilihat agak praktikal, tetapi terdapat beberapa kelemahan yang agak ketara apabila anda menggunakannya. Di sini saya senaraikan kelemahannya :

Kebarangkalian untuk terjadinya gangguan kepada sambungan Internet dalam sesebuah rangkaian adalah besar memandangkan sebuah komputer telah disetkan untuk bertindak sebagai SERVER. Apabila SERVER mengalami gangguan, contohnya "Hang", semua komputer Client dalam rangkaian tersebut akan turut sama mengalami gangguan sambungan internet.

Komputer yang bertindak sebagai SERVER harus beroperasi (On) bagi membolehkan perkongsian sambungan internet.

Setiap komputer yang disambungkan kepada rangkaian haruslah ditetapkan nilai TCP/IP. Ini sedikit sebanyak agak menyusahkan....

Bagi mengatasi masalah yang disebutkan di atas, maka saya akan menerangkan kepada anda mengenai kaedah lain bagi membolehkan perkongsian sambungan internet dalam sesuatu rangkaian.

Berikut adalah contoh sambungan kabel dalam rangkaian.

Berbeza dengan kaedah "Internet Connection Sharing" yang mana Pc1 akan bertindak sebagai SERVER, kaedah kali ini MODEM ADSL pula akan bertindak sebagai SERVER. Modem yang saya gunakan adalah "ADSL Modem 2/2+ DB102" keluaran syarikat RIGER yang didatangkan bersama semasa saya melanggan STREAMYX COMBO.

Bagi membolehkan modem bertindak sebagai SERVER :

Setkan modem untuk mendail sendiri sambungan ke Internet dengan memilih MODE PROTOCOL CONFIGURATION sebagai PPOE.

Setkan modem supaya bertindak sebagai DHCP SERVER.

Anda boleh merujuk buku manual modem yang dibekalkan bersama modem memandangkan untuk mengubah setiap tetapan (setting) pada modem adalah berlainan mengikut jenis modem.

Setelah modem telah disetkan sebagai DHCP SERVER, ubah nilai TCP/IP setiap komputer (Pc1, Pc2 dan seterusnya) kepada "Obtain an IP address automatically" dan "Obtain DNS SERVER address automatically"

Sekarang anda boleh menikmati perkongsian sambungan internet dengan lebih pantas dan stabil.... Jika terdapat sebarang kemusykilan, tinggalkan pertanyaan anda pada bahagian Comments, sertakan alamat e-mail bagi membolehkan saya membalas soalan anda.

Selamat mencuba....