Thursday 26 February 2009

UBUNTU LINUX

Anda semua tentu sudah terbiasa dengan Windows XP ataupun Vista. Sistem operasi keluaran Microsoft ini seolah - olah mendominasi dunia perkomputeran serasi IBM sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1981. Bermula dengan Ms-DOS, Windows 3.0, Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows XP, Windows Vista dan yang terbaru Windows 7, Microsoft telah begitu sinonim dengan PC. Masyarakat telah menganggap komputer itu adalah Windows. Jika tanpa Windows komputer tidak akan berfungsi.

Tahukah anda apa itu Windows sebenarnya dalam istilah perkomputeran. Windows adalah salah satu daripada berpuluh-puluh jenis perisian yang dinamakan Sistem Operasi. Sistem Operasi adalah perisian yang membolehkan komputer itu berfungsi. Ianya menghubungkan perisian-perisian lain dengan perkakasan komputer.

Ubuntu Linux merupakan satu sistem operasi lengkap yang melakukan tugas sama seperti apa yang anda sering pakai sekarang seperi Microsoft Windows.

Ia mengamalkan konsep sumber terbuka yang bermakna sesiapa sahaja boleh melihat, mengedit, mencipta kod-kod programnya.

Ubuntu Linux juga terkenal dengan sifatnya yang mesra pengguna, stabil, selamat dan laju dan yang paling penting ianya PERCUMA. Percuma kerana anda tidak perlu membayar lesen unutk memasangnya pada komputer anda. Contohnya, jika anda memasang Windows XP pada komputer anda, anda haruslah membayar lesen penggunaan Windows kepada Microsoft yang biasanya berharga RM 300 bagi setiap PC, tetapi perkara ini tidak jika anda memasang Ubuntu Linux. Pasanglah pada seribu komputer, ianya tetap percuma.

Sesuai untuk laptop, desktop dan server.

Ini adalah screenshot komputer saya yang dipasang dengan Ubuntu Linux..

Sunday 1 February 2009

Apa itu Wi - Fi?

Wi-Fi merupakan singkatan bagi Wireless Fidelity dimana istilah ini telah diberikan secara rasmi oleh WECA(Wireless Ethernet Compatibility Alliance).
Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpawayar pada penghujung tahun 1998. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi yang diinstalasi di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa. Titik capaian (access point) adalah merujuk kepada satu peranti elektronik kecil yang bertindak sebagaipenghubung dengan kad Wi-Fi yang diinstalasi di dalam komputer pengguna bagi membolehkan perpindahan data berlaku. Menerusi spefikasi 802.11 di antara sumber jalurlebar seperti DSL atau kabel dengan komputer tersebut.802.11 pula merujuk kepada spefikasi teknikal keluarga pautan tanpa wayar LAN yang diberikan oleh IEEE
(Institute of Electrical and Electronic Engineers). Teknologi Wi-Fi dikatakan tergolong dalam spesifikasi 802.11b yang membolehkan perpindahan data berlaku
dalam kelajuan sehingga 11Mbps di dalam jalur 2.4 GHz. Sementara itu, teknologi 802.11a pula adalah lanjutan kepada teknologi 802.11b di mana teknologinya
lebih pantas. Teknologi 802.11a membenarkanperpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 Mbps di dalam jalur 5 GHz. Teknologi ini juga dikenali sebagai Wi-Fi5 atau WECA.
Ethernet merupakan senibina LAN yang telah dibangunkan oleh Xerox Corp dan ianya merupakan kad antaramuka rangkaian yang digunakan dalam rangkaian LAN biasa. Sedangkan Wi-Fi pula adalah merupakan senibina LAN yang digunakan dalam persekitaran tanpa wayar. Ringkasnya ethernet digunakan dalam rangkaian LAN yang berwayar (menggunakan kabel seperti CAT5 untuk dihubungkan ke jalur lebar) manakala Wi-Fi
pula digunakan dalam rangkaian LAN tanpa wayar(menggunakan kad Wi-Fi dan dihubungkan ke titik capaian seterusnya akan menghubungkan ke jalur lebar).
LAN adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputerdihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan wayar.
WLAN pula adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain tanpa menggunakan wayar. Konsep WLAN adalah sama dengan LAN misalnya dari segi penggunaan pelayan dan sistem pentadbiran.
Bezanya cuma dari segi medium iaitu WLAN menggunakan gelombang radio manakala LAN
menggunakan kabel untuk mentransmisikan data.