Thursday 30 April 2009

Pemasangan Motherboard

Sebelum memulakan proses ini, pastikan anda telah memasang processor dan heatsink, RAM dan power supply unit. Motherboard yang telah siap dipasang dengan processor bersama heat sink dan RAM akan ditempatkan ke dalam casing. Sebelum memulakan proses pemasangan tersebut, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan memasang panel Input/output (I/O panel) pada bahagian belakang casing. Ini adalah tempat dimana panel I/O akan dipasang.





Biasanya panel I/O ini telah disediakan oleh pembuat casing. Lazimnya, panel I/O ini tidak muat @ sesuai dengan panel I/O belakang pada motherboard yang kita beli. Bagi menyelesaikan masalah ini, biasanya pembuat motherboard menyertakan bersama panel I/O ini mengikut panel I/O yang terdapat pada motherboard. Berikut adalah contoh panel I/O yang disertakan bersama motherboard.



Panel I/O yang sedia ada pada casing bolehlah ditukarkan dengan panel I/O yang disertakan bersama motherboard dengan membuka panel I/O sedia ada dan masukkan panel I/O baru ke slot panel I/O mengikut orientasi panel I/O pada motherboard.



Sekarang tibalah untuk memasang motherboard ke dalam casing. Perhatikan terdapat orientasi lubang pada casing.



Pastikan kedudukan lubang ini adalah sama dengan lubang pada motherboard.




Setelah kedudukan lubang telah dikenalpasti, pasang skru pemegang pada casing.





Masukkan motherboard ke dalam casing.




Ikat motherboard pada casing dengan memasukkan skru pada lubang skru pada motherboard yang mempunyai skru pemegang di bawahnya.





Inilah kedudukan motherboard yang telah siap dipasang pada casing.

Pemilihan Power Supply

Setelah RAM siap dipasang, maka motherbord telah sedia untuk dipasang ke dalam casing. Sebelum proses pemasangan motherboard dilakukan, pastikan casing anda telah dilengkapi dengan power supply yang bersesuaian dengan spesifikasi sistem yang anda ingin bina.



Antara perkara yang perlu dipertimbangkan bagi menentukan sesuatu power supply itu sesuai atau tidak adalah:

1) Kuasa Power supply

Kuasa power supply diukur dalam unit Watt (W). Nilai kuasa power supply ini boleh dilihat pada label yang ada pada casing power supply unit itu sendiri seperti contoh di atas. Kuasa power supply haruslah sepadan dengan perkakasan yang ingin anda pasang ke dalam komputer. Biasanya untuk komputer biasa iaitu yang tanpa dipasang kad grafik, kuasa power supply yang sesuai adalah 450W. Manakala jika komputer anda dilengkapi dengan kad grafik, ataupun banyak kad tambahan dan pemacu (hard disk @ DVD RW), maka kuasa power supply haruslah melebihi 500W ke 1000W. Antara tanda kuasa power supply tidak padan dengan kehendak kuasa sistem adalah komputer tidak boleh dimulakan ataupun kerap restart dengan tiba-tiba.

2) Jenis port sambungan
Kuasa yang dibekalkan oleh power supply akan disalurkan ke motherboard dan komponen lain dalam komputer melalui port sambungan (connection port). Antara port sambungan yang wajib ada pada satu-satu power supply adalah:
1 ATX 24 pin power connecter
1 ATX 12V connecter
2 SATA 15 pin power connecter
2 Standard 4 pin peripheral power connecter
1 4 pin floopy drive power connecter (pilihan)
1 6 pin PCI Express power connecter (Pilihan)



Setelah power supply yang sesuai telah dipilih, tibalah masanya untuk memasang power supply tersebut ke dalam casing. Berikut adalah gambaran pemasangan power supply ke dalam casing.

Ini adalah kedudukan power supply yang telah siap dipasang ke dalam casing.



Proses seterusnya dalam pemasangan komputer adalah memasang motherboard ke dalam casing. Jumpa lagi pada entry yang seterusnya.

Wednesday 1 April 2009

Sambungan tutorial pemasangan komputer.

Dah lama rasanya tak post artikel berkenaan dengan pemasangan sendiri komputer. Topik terakhir yang dipostkan ke blog ini adalah berkenaan dengan pemasangan memori komputer (RAM). Topik pemasangan komputer akan diteruskan dengan pemasangan Motherboard ke dalam Casing komputer. Ianya adalah turutan dalam proses pemasangan komputer. Nantikan kemunculan post ini...

"Dunia Komputer Klon"