Sunday 14 August 2011

Info - Kenapa komputer kerap tergantung a.k.a "hang"???

Pernahkah anda melihat mesej seperti ini dipaparkan oleh komputer anda?
"This program performed an illegal operation and will be shut down"
atau pointer mouse anda selalu membeku (freeze) yang menyebabkan anda terpaksa reset komputer anda berulang-ulang kali. Inilah masalah yang kerap diajukan oleh pengguna komputer. Sebenarnya perkara ini adalah disebabkan oleh beberapa masalah yang akan saya terangkan di sini. Masalah-masalah tersebut bolehlah dikategorikan seperti berikut, antaranya :

Perkakasan (Hardware)
Hardware yang rosak atau ketidakserasian antara setiap hardware yang digunakan boleh menyebabkan komputer kerap mengalami masalah "hang". Masalah seperti ini jarang terjadi pada sistem komputer yang dikeluarkan oleh pengeluar komputer seperti HP, Compaq, Acer dan sebagainya. Hal ini adalah kerana sebelum mengeluarkan model komputer, mereka telah menguji keserasian antara perkakasan yang digunakan. Bagi komputer yang dibina sendiri a.k.a komputer klon, anda perlulah memastikan terlebih dahulu keserasian antara perkakasan komputer yang akan anda bina tersebut dengan merujuk terlebih dahulu manual yang disertakan bersama-sama dengan motherboard. Pastikan apakah perkakasan yang disokong oleh motherboard tersebut.

Discaj Elektrik Statik (ESD)
Elektrik statik akan merosakkan komponen komputer. Kerosakan tidak akan terjadi serta merta, mungkin akan memakan masa yang lama, berbulan malahan bertahun. Biasanya discaj elektrik statik terjadi apabila tangan individu memegang komponen komputer tanpa terlebih dahulu menyahdiscajkannya terlebih dahulu. Bagi mengelakkan hal ini daripada terjadi, individu yang mengendalikan komponen komputer mestilah memakai ESD strap.

Sistem Operasi.
Sesetengah sistem operasi mungkin mempunyai ralat @ pepijat yang tidak dikesan masa ianya dipasarkan. Masalah ini mungkin diatasi dengan kerap mengemaskinikan versi sistem operai anda. Bagi sistem operasi Windows, proses kemaskini ini biasanya hanyalah terhad kepada mereka yang mempunyai salinan windows yang salah dalam komputer mereka.

Fail pemacu @ driver.
Fail pemacu @ driver mungkin mempunyai ralat @ pepijat yang menyebabkan ketidakserasian antara sistem operasi dengan perkakasan yang sedang anda gunakan. Dapatkan fail pemacu @ driver yang terkini dan betul akan mengatasi masalah ini.

Perisian.
Perisian yang dipasangkan ada komputer juga kadang-kadang mempunyai ralat @ pepijat yang boleh menyebakan kelancaran operasi komputer terjejas. Pastikan semasa anda memasang perisian yang disokong oleh spesifikasi komputer anda.

Tetapan CMOS @ BIOS.
Tetapan CMOS yang tidak betul akan menyebabkan masalah yang sama. Pastikan tetapan pada CMOS adalah betul dengan merujuk kepada manual yang disertakan bersa-sama dengan motherboard.