Tuesday 4 October 2011

Teknologi hijau dalam dunia perkomputeran

Teknologi hijau adalah topik yang hangat dibincangkan dewasa ini. Isu seperti pemanasan global menjadi pemangkin dalam kepesatan pembangunan kearah penggunaan teknologi yang berasaskan teknologi hijau. Dunia IT tidak terkecuali terlibat dalam isu-isu yang menyumbang kepada pemanasan global dunia. Seiring dengan keperluan kepantasan komputer yang semakin meningkat dalam memproses data, maka penggunaan kuasa elektrik yang tinggi amatlah perlu. Walaupun ianya memberikan kebaikan dari aspek kepantasan dalam memproses maklumat, ianya juga menyumbang serba sedikit keburukan. Antaranya ialah penghasilan gas rumah hijau yang semakin meningkat hasil daripada penggunaan kuasa yang berlebihan. Perkara inilah yang diberikan perhatian dalam menghasilkan komputer yang berasaskan teknologi hijau. Info lanjut akan dibincangkan dalam posting yang akan datang. Moga kita semua akan menjadi penyumbang kepada sedikit kedinginan bumi yang tercinta ini.