Tuesday, 4 October 2011

Teknologi hijau dalam dunia perkomputeran

Teknologi hijau adalah topik yang hangat dibincangkan dewasa ini. Isu seperti pemanasan global menjadi pemangkin dalam kepesatan pembangunan kearah penggunaan teknologi yang berasaskan teknologi hijau. Dunia IT tidak terkecuali terlibat dalam isu-isu yang menyumbang kepada pemanasan global dunia. Seiring dengan keperluan kepantasan komputer yang semakin meningkat dalam memproses data, maka penggunaan kuasa elektrik yang tinggi amatlah perlu. Walaupun ianya memberikan kebaikan dari aspek kepantasan dalam memproses maklumat, ianya juga menyumbang serba sedikit keburukan. Antaranya ialah penghasilan gas rumah hijau yang semakin meningkat hasil daripada penggunaan kuasa yang berlebihan. Perkara inilah yang diberikan perhatian dalam menghasilkan komputer yang berasaskan teknologi hijau. Info lanjut akan dibincangkan dalam posting yang akan datang. Moga kita semua akan menjadi penyumbang kepada sedikit kedinginan bumi yang tercinta ini.

Sunday, 14 August 2011

Info - Kenapa komputer kerap tergantung a.k.a "hang"???

Pernahkah anda melihat mesej seperti ini dipaparkan oleh komputer anda?
"This program performed an illegal operation and will be shut down"
atau pointer mouse anda selalu membeku (freeze) yang menyebabkan anda terpaksa reset komputer anda berulang-ulang kali. Inilah masalah yang kerap diajukan oleh pengguna komputer. Sebenarnya perkara ini adalah disebabkan oleh beberapa masalah yang akan saya terangkan di sini. Masalah-masalah tersebut bolehlah dikategorikan seperti berikut, antaranya :

Perkakasan (Hardware)
Hardware yang rosak atau ketidakserasian antara setiap hardware yang digunakan boleh menyebabkan komputer kerap mengalami masalah "hang". Masalah seperti ini jarang terjadi pada sistem komputer yang dikeluarkan oleh pengeluar komputer seperti HP, Compaq, Acer dan sebagainya. Hal ini adalah kerana sebelum mengeluarkan model komputer, mereka telah menguji keserasian antara perkakasan yang digunakan. Bagi komputer yang dibina sendiri a.k.a komputer klon, anda perlulah memastikan terlebih dahulu keserasian antara perkakasan komputer yang akan anda bina tersebut dengan merujuk terlebih dahulu manual yang disertakan bersama-sama dengan motherboard. Pastikan apakah perkakasan yang disokong oleh motherboard tersebut.

Discaj Elektrik Statik (ESD)
Elektrik statik akan merosakkan komponen komputer. Kerosakan tidak akan terjadi serta merta, mungkin akan memakan masa yang lama, berbulan malahan bertahun. Biasanya discaj elektrik statik terjadi apabila tangan individu memegang komponen komputer tanpa terlebih dahulu menyahdiscajkannya terlebih dahulu. Bagi mengelakkan hal ini daripada terjadi, individu yang mengendalikan komponen komputer mestilah memakai ESD strap.

Sistem Operasi.
Sesetengah sistem operasi mungkin mempunyai ralat @ pepijat yang tidak dikesan masa ianya dipasarkan. Masalah ini mungkin diatasi dengan kerap mengemaskinikan versi sistem operai anda. Bagi sistem operasi Windows, proses kemaskini ini biasanya hanyalah terhad kepada mereka yang mempunyai salinan windows yang salah dalam komputer mereka.

Fail pemacu @ driver.
Fail pemacu @ driver mungkin mempunyai ralat @ pepijat yang menyebabkan ketidakserasian antara sistem operasi dengan perkakasan yang sedang anda gunakan. Dapatkan fail pemacu @ driver yang terkini dan betul akan mengatasi masalah ini.

Perisian.
Perisian yang dipasangkan ada komputer juga kadang-kadang mempunyai ralat @ pepijat yang boleh menyebakan kelancaran operasi komputer terjejas. Pastikan semasa anda memasang perisian yang disokong oleh spesifikasi komputer anda.

Tetapan CMOS @ BIOS.
Tetapan CMOS yang tidak betul akan menyebabkan masalah yang sama. Pastikan tetapan pada CMOS adalah betul dengan merujuk kepada manual yang disertakan bersa-sama dengan motherboard.

Wednesday, 6 April 2011

manfaatkan teknologi internet sepenuhnya

Perkembangan teknologi internet agak pesat sejak sedekad yang lalu. Bermula dengan pengenalan internet jalur lebar hinggalah penggunaan web 2.0, penggunaan internet di kalangan pengguna di Malaysia semakin meningkat. Memandangkan penggunaannya yang semakin meningkat, maka adalah wajar teknologi ini digunakan secara sepenuhnya oleh para pengguna sekalian.

Wednesday, 9 February 2011

Info rangkaian komputer (computer netwoking)

Anda memerlukan rangkaian komputer biler anda :

Berkongsi sambungan ke Internet Jalur Lebar

Anda mempunyai lebih dari satu komputer kat rumah dan anda berhajat untuk membolehkan semua komputer tersebut mempunyai sambungan kepada internet. Caranya ialah dengan menggunakan rangkaian komputer.

Berkongsi data (files, music, document, mp3 dll)

Tak perlu lagi anda menggunakan pendrive semata2 utk berkongsi antara komputer dalam rumah anda. Dengan pendrive, kadang2 penularan virus menjadi2, so, cara yang lebih selamat n menjimatkan kos adalah menggunakan rangkaian komputer.

Berkongsi menggunakan printer.

tak perlu lagi berebut2 utk menggunakan printer, kerana setiap orang dalam rangkaian komputer yang sama dapat menggunakan printer pada masa yang sama.

Itu adalah sebahagian dari alasan mengapa anda semua memerlukan rangkaian komputer. Dalam tutorial akan datang, mohadila akan menerangkan cara untuk anda membina rangkaian komputer anda sendiri.

Alamak..terlupa bawak Pendrive plak!!!! camner nie

Bayangkan ko dalam situasi camnie, jap g ader presentation dpn pengarah segala. Habis tue camner? Boleh pengsan tau. Xper, mohadila kt sini ader cara utk anda selesaikan masalah ala2 vogue camnie. Caranya ialah ko wat2 pengsan jer, pastue mesti diorang smua cancel presentation korang kn??? hehehe, kelazzz gitu. Teeeetttt, mak bgurau jer la nok.

Ha, nie cara yang betulnya. Pernah x korang dengar online backup, salah satu komponen terpenting dalam perkomputeran awan (cloud computing). Dengan cara ini korang boleh akses dari mana saje file backup korang tue asalkan ader line internet. Kelass kn, haha mestilahhhh. So, first step utk korang mulakan online backup nie, korang mestilah daftar nama korang yg popular tue kt mana2 web page yg menawarkan service online backup nie. Sebagai contoh, nie service online backup yg mak selalu guna, Zumo Drive.



Zumodrive nie menawarkan ruang simpanan online sebanyak 1Gb, cukup ler utk korang letakkan file2 yg penting. Untuk mengetahui features online backup nie, korang klik jer la kt link "Take the tour" kt webpage tue.

Tuesday, 8 February 2011

Tip 1 : Alamak, berabuknya monitorku!!!, camner nak buat

Kikiki, tajuk posting x leh blah la. K, serius sikit. Adalah penting untuk anda membersihkan monitor LCD atau TV Skrin lebar anda. Ini kerana, dengan berlalunya masa, segala habuk serta minyak hasil dari "touch screen" anda akan berada di situ. Penggunaan bahan serta cara yang betul adalah penting bagi mengelakkan skrin dari tercalar atau yang lebih teruk skrin tersebut boleh rosak akibat penggunaan bahan kimia ala-ala terlarang gitu. Antara bahan kimia terlarang yang tidak dibenarkan untuk menyentuh skrin LCD anda adalah sebarang cecair pembersih yang mengandungi bahan seperti berikut Acetone, Ethyl alcohol, Ethyl acid, Ammonia dan Methyl chloride.

Satu kesalahan kecil yang biasanya dilakukan oleh anda semua di luar sana dan juga mungkin saya adalah menyembur terus cecair pembersih tersebut terus ke skrin LCD. Ala-ala bersih cermin tingkap gitu. Cara nie sebenarnya salah dik non kerna cecair tersebut sebenarnya harus di sembur pada kain pembersih dahulu, kemudian baru gunakan kain tersebut untuk membersih skrin anda.

Satu lagi ha mak nak cakap, kalau nak cari kain untuk membersihkan skrin LCD tue, cari yang jenis soft cotton gitu. Jangan salahkan orang lain selain diri anda kalau anda gunakan kain buruk atau kertas untuk bersihkan skrin LCD, pastu calar segala.

k la, sekian sajer tip IT kali nie, moga manfaat walaupun rasanya tip nie cam biasa jer kan...sekian.

Info penjagaan komputer

Komputer itu ibarat kereta, perlu dijaga agar tahan lama dan tidak mudah rosak. Penjagaan bagi komputer terdiri kepada dua bahagian, penjagaan perkakasan (hardware) dan penjagaan perisian (software). Penulis akan menerangkan dengan terperinci cara penjagaan bagi kedua-duanya. Ikuti pelbagai tips dalam posting yang akan datang.

Thursday, 6 January 2011

Tinggal seminggu lagi

Salam sejahtera diucapkan kepada pengunjung blog mohadila corner. Terima kasih di atas kesudian anda semua kerana sudi menjenguk blog ini sepanjang penutupan sementara blog ini. Rasanya begitu pantas masa berlalu, yelah, tempoh 6 bulan dah pun berakhir. Walaupun penulis sekarang dalam mode final exam, sempat juga singgah sekejap di blog ini bagi memaklumkan cuma tinggal seminggu jer lagi untuk penulis bakal menamatkan pengajian. Harap anda semua dapat mendokan kejayaan penulis dalam final exam nanti. Dah habis seminggu ni baru la penulis InsyAllah akan aktif balik menulis blog ini. Sekian.

Wednesday, 7 July 2010

Penutupan sementara mohadila corner

Terima kasih kepada yang sudi menjenguk laman blog mohadila corner, sesungguhnya ambilah apa yang baik dan betul dan perbaikilah apa yang salah dari blog ini. Memandangkan kesibukan kerja dan sekarang penulis akan menyambung pengajian, maka dengan berat hati penulis ingin mengumumkan penutupan sementara blog ini.

Friday, 16 April 2010

PIKOM PC fair 2010



PC FAIR datang lagi ke Kuantan. Tahun nie aku nampak peluang untuk pergi ke sana agak cerah sebab hari last PC FAIR tue, 18 hb aku dah mula off malam. Tengok dia punya masa sampai pukul 9 malam, jadi sempat lagi la kalau aku nak pergi. Sepanjang tinggal di Pekan ni, belum pernah sempat nak pergi. Harap dapat la peluang kali ni digunakan sepenuhnya.

Friday, 9 April 2010

Sesuatu yang belum pasti milik kita...

Salam buat pengunjung laman mohadila corner. Rasanya dah lama sangat saya tidak membuat posting dalam blog ni, maklumlah kesibukan kerja membataskan segalanya. Tajuk posting ni agak sedikit sentimental, hehehe, tue kalau kita amati secara kasar, tetapi jika kita hayati apa yang hendak saya sampaikan anda mungkin akan memahaminya secara halusnya.

Apa yang saya ingin sampaikan ini hanyalah pendapat saya sebagai penyokong dan peminat dunia sumber terbuka. Setiap program Windows yang dibeli hanyalah untuk sebuah komputer, maksudnya ianya tidak boleh sesuka hati di install pada mana-mana komputer. Anda akan dituduh menggunakan perisian tidak berlesen jika menggunakan DVD Windows yang anda beli jika memasangnya pada lebih dari satu komputer. Bayangkan harga satu DVD Windows, RM190 - RM 670, dan itu hanya untuk satu komputer. Bayangkan jika anda ingin memasangnya pada 10 komputer, 100 komputer, 1000 komputer??? Bagi individu, hal ini mungkin tidak menjadi masalah, tetapi bagi pengguna korporat @ syarikat, ianya begitu terasa, peningkatan dalam perbelanjaan syarikat unutk sektor ICT, dan harga yang saya sebutkan itu hanya untuk Sistem Operasi sahaja, bayangkan kos untuk perisian-perisian lain???

Lain pula halnya dengan penggunaan sistem operasi dan perisian dari dunia sumber terbuka. Ianya tidak terikat dengan mana-mana lesen perisian. Tiada istilah perisian cetak rompak dalam dunia sumber terbuka, kerana program komputer ibarat ilmu sains, ilmu yang perlu dikongsi, untuk kebaikan manusia sejagat....

Tuesday, 24 November 2009

Panduan Penjagaan Komputer (Supaya PC Tahan Lama)

Setiap dari kita inginkan pelaburan yang berbaloi dari modal yang telah dikeluarkan. Begitu juga dengan pembelian komputer peribadi (PC). Kalau boleh PC yang dibeli tahan sampai bertahun-tahun. Berikut adalah panduan yang boleh diikuti dalam penjagaan PC supaya tahan lama.

1) Matikan komputer anda dengan betul.

Jangan terus matikan komputer anda dengan off terus plug ataupun dengan terus menekan butang off pada komputer anda. Setiap OS (Windows,MacOS,Linux Distro...) menyediakan fungsi SHUT DOWN dalam OS masing-masing, gunakannya untuk mematikan komputer anda. Mematikan terus komputer boleh menyebabkan data di dalam hard disk menjadi corrupt ataupun rosak. Hard disk yang corrupt boleh menyebabkan anda terpaksa install semula OS anda, dan yang paling teruk boleh menyebabkan anda kehilangan data. Jadi sebelum mematikan komputer anda, ingat......gunalah SHUT DOWN.

2) Jangan gegar atau langgar casing komputer anda.

Setiap komponen dalam casing komputer anda amat-amatlah sensitif. Hard disk boleh rosak dalam sekelip mata jika ianya bergegar semasa ia berfungsi.

Wednesday, 7 October 2009

Backup Data guna UBUNTU

Bayangkan situasi camni...

Komputer anda yang rosak, Windows error yang memerlukan anda untuk install semula Windows, dan anda perlukan komputer anda itu untuk menaip assignment yang anda perlu hantar keesokannnya. Nak tunggu Windows untuk install dah takde masa. Jadi bagaimanakah cara penyelesaian kepada permasalahan ini? Jawapannya DENGAN MENGGUNAKAN UBUNTU....ya, UBUNTU...

UBUNTU dilengkapai dengan ciri yang dipanggil Live CD. Apa itu Live CD? Live CD membolehkan perisian terutamanya OS dijalankan pada komputer tanpa memerlukan pengguna install terlebih dahulu OS tersebut. Dengan hanya menetapkan komputer supaya boot kepada CD/DVD, anda sudah boleh menggunakan Live CD UBUNTU tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Live CD UBUNTU, layari laman ini..

UBUNTU Live CD

Saturday, 26 September 2009

Kenapa komputer ku slow???!!!

Anda mungkin pernah mengalami masalah ini, prestasi komputer anda semakin perlahan. Jika dulu komputer anda dapat menjalankan aplikasi sepantas kilat, sekarang ni nak jalankan program kecil pun terhegeh-hegeh. Kadang-kadang bila anda sentuh casing komputer atau laptop anda, terasa bahangnya.

Kebanyakan dari pengguna  komputer akan melakukan perkara seperti berikut bagi mengembalikan prestasi komputer kesayangan, antaranya ialah Scan Registry, buang program yang jarang digunakan, buang fail temporary, defrag cakera keras dan maca-macam lagi. Semua ini dilakukan demi mengharapkan prestasi komputer kembali seperti sedia kala. Malangnya setelah semua itu dilakukan, keputusannya tetap sama, komputer tetap lembab macam siput…

Buntu dalam mencari punca kenapa komputer lembab, anda bercadang hendak format dan install semula Windows saja. Tunggu dulu!! sebelum anda menghabiskan masa dengan menginstall semula Windows, cuba anda buka casing komputer anda, dan saya pasti di dalam casing anda telah berkumpul habuk.

Bersihkan habuk berkenaan dan anda akan pasti merasakan prestasi komputer akan seperti  sediakala…..

Selamat mencuba….

Monday, 13 July 2009

Tiba-tiba semuanya "GELAP"

Pernahkah komputer anda mengalami masalah sebegini, ianya terpadam @ shutdown secara tiba-tiba. Jangan panik? Entry saya pada kali ini akan menerangkan secara asasnya mengapa masalah ini terjadi kepada komputer anda.

Secara asasnya terdapat lima punca yang boleh anda kenalpasti bagi menyelesaikan masalah ini.

1) Masalah kepanasan terlampau.

Kepanasan terlampau boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada komponen komputer. Masalah ini biasanya terjadi kepada prosesor, power supply dan casing. Jadi, bagi mengelakkan masalah ini terjadi, pembuat motherboard telah meletakkan sensor pengesan haba bagi mengesan terjadinya kepanasan melampau pada prosesor, power supply dan di dalam casing. Sistem komputer akan terpadam dengan sendirinya jika suhu sudah mencapai nilai maksimumnya.

Berikut adalah langkah demi langkah untuk mengenalpasti samaada komputer anda terpadam berpunca dari kepanasan melampau ini @ tidak :

-: Periksa kipas pada bahagian belakang power supply, pastikan ianya berfungsi dengan baik dan tidak mengeluarkan bunyi bising yang menandakan berlakunya sekatan pada pusingan kipas tersebut.

-: Periksa kipas yang terdapat pada heat sink prosesor dan pada casing komputer. Pastikan ianya berfungsi dengan baik dan tiada sekatan.

-: Periksa sambungan slot heatsink dengan prosesor samaada longgar atau tidak. Kadang-kadang proses penukaran @ upgrade komputer boleh menyebabkan masalah ini berlaku.

-: Periksa suhu sistem dan prosesor melalui BIOS. Sesetengah nilai maksimum suhu sistem dan prosesor pada BIOS boleh ditetapkan.

2) Masalah atau kesilapan pemprosesan hardware.

Hardware yang bermasalah @ tidak serasi boleh menyebabkan masalah ini. Pastikan tidak berlaku konflik antara hardware dengan memeriksanya pada device manager pada control panel > system.

3) Jangkitan virus.

Pastikan komputer anda sentiasa dilengkapi dengan anti virus terbaru dan up date. Sentiasa peka dengan serangan virus terbaru lebih-lebih lagi jika komputer anda bersambung dengan internet dan berkongsi fail dalam rangkaian @ thumb drive.

4) Masalah dengan Sistem Operasi.

Windows yang bermasalah boleh menyebabkan berlakunya perkara ini. Cuba install windows baru jika anda mengesyaki masalah ini berpunca dari windows. Biasanya akan keluar skrin ralat sebelum komputer itu shutdown jika masalah ini berpunca dari windows.

5) Kegagalan komponen.

Setelah anda install windows baru, komputer tetap shutdown secara tiba-tiba, masalah ini mungkin berpunca dari kegagalan pada RAM, Processor, motherboard ataupun power supply.

Saturday, 11 July 2009

BSOD...apa tue nyerk??

Artikel ini ditujukan kepada pengguna komputer yang menggunakan Sistem Operasi keluaran Microsoft.

Sedang anda asyik menggunakan komputer untuk menyiapkan assignment anda, tiba-tiba komputer anda memaparkan paparan berwarna biru. Alangkah kecewanya anda bila assignment yang ditaip itu belum pun sempat si "save" lagi. Mengapakah komputer memaparkan paparan sedemikian dan apakah pula punca kepada permasalahan tersebut. Jom kita fahami permasalahan ini.



Paparan yang dipaparkan oleh komputer tersebut adalah apa yang dikenali sebagai BSOD. BSOD adalah singkatan kepada "Blue Screen of Death". Ianya dipaparkan apabila Windows mengalami masalah ralat sistem (System error). Biasanya selepas memaparkan paparan ini, windows akan terpadam (Shut down) dengan sendiri. Ini bertujuan bagi mengelakkan kerosakan sama ada dari segi harware ataupun software.

Berikut adalah antara punca - punca mengapa BSOD terjadi.

1) kerosakan fail Device driver, Registry, fail DLL yang tidak serasi.
2) Kerosan memori (RAM).
3) Kerosakan power supply.
4) Kepanasan terlampau bagi sistem terutama Prosesor.
5) Ketidakserasian antara perkakasan.

Friday, 19 June 2009

Masalah komputer

Dah lama rasanya tidak masukkan entry terbaru. Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan kerja hakiki saya, jadi masa untuk beronline agak berkurangan.

Dari pengamatan saya selama ini, blog yang berkaitan komputer dalam bahasa melayu kebanyakkannya hanya menekankan dari segi software sahaja. Agak kurang blog yang menekankan dari segi cara membaiki komputer dari segi hardwarenya. Jadi, mulai dari sekarang saya akan cuba untuk menekankan permasalahan komputer dari segi hardwarenya. Nantikan kemunculan entry terbaru...

Thursday, 30 April 2009

Pemasangan Motherboard

Sebelum memulakan proses ini, pastikan anda telah memasang processor dan heatsink, RAM dan power supply unit. Motherboard yang telah siap dipasang dengan processor bersama heat sink dan RAM akan ditempatkan ke dalam casing. Sebelum memulakan proses pemasangan tersebut, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan memasang panel Input/output (I/O panel) pada bahagian belakang casing. Ini adalah tempat dimana panel I/O akan dipasang.





Biasanya panel I/O ini telah disediakan oleh pembuat casing. Lazimnya, panel I/O ini tidak muat @ sesuai dengan panel I/O belakang pada motherboard yang kita beli. Bagi menyelesaikan masalah ini, biasanya pembuat motherboard menyertakan bersama panel I/O ini mengikut panel I/O yang terdapat pada motherboard. Berikut adalah contoh panel I/O yang disertakan bersama motherboard.



Panel I/O yang sedia ada pada casing bolehlah ditukarkan dengan panel I/O yang disertakan bersama motherboard dengan membuka panel I/O sedia ada dan masukkan panel I/O baru ke slot panel I/O mengikut orientasi panel I/O pada motherboard.



Sekarang tibalah untuk memasang motherboard ke dalam casing. Perhatikan terdapat orientasi lubang pada casing.



Pastikan kedudukan lubang ini adalah sama dengan lubang pada motherboard.




Setelah kedudukan lubang telah dikenalpasti, pasang skru pemegang pada casing.





Masukkan motherboard ke dalam casing.




Ikat motherboard pada casing dengan memasukkan skru pada lubang skru pada motherboard yang mempunyai skru pemegang di bawahnya.





Inilah kedudukan motherboard yang telah siap dipasang pada casing.

Pemilihan Power Supply

Setelah RAM siap dipasang, maka motherbord telah sedia untuk dipasang ke dalam casing. Sebelum proses pemasangan motherboard dilakukan, pastikan casing anda telah dilengkapi dengan power supply yang bersesuaian dengan spesifikasi sistem yang anda ingin bina.



Antara perkara yang perlu dipertimbangkan bagi menentukan sesuatu power supply itu sesuai atau tidak adalah:

1) Kuasa Power supply

Kuasa power supply diukur dalam unit Watt (W). Nilai kuasa power supply ini boleh dilihat pada label yang ada pada casing power supply unit itu sendiri seperti contoh di atas. Kuasa power supply haruslah sepadan dengan perkakasan yang ingin anda pasang ke dalam komputer. Biasanya untuk komputer biasa iaitu yang tanpa dipasang kad grafik, kuasa power supply yang sesuai adalah 450W. Manakala jika komputer anda dilengkapi dengan kad grafik, ataupun banyak kad tambahan dan pemacu (hard disk @ DVD RW), maka kuasa power supply haruslah melebihi 500W ke 1000W. Antara tanda kuasa power supply tidak padan dengan kehendak kuasa sistem adalah komputer tidak boleh dimulakan ataupun kerap restart dengan tiba-tiba.

2) Jenis port sambungan
Kuasa yang dibekalkan oleh power supply akan disalurkan ke motherboard dan komponen lain dalam komputer melalui port sambungan (connection port). Antara port sambungan yang wajib ada pada satu-satu power supply adalah:
1 ATX 24 pin power connecter
1 ATX 12V connecter
2 SATA 15 pin power connecter
2 Standard 4 pin peripheral power connecter
1 4 pin floopy drive power connecter (pilihan)
1 6 pin PCI Express power connecter (Pilihan)



Setelah power supply yang sesuai telah dipilih, tibalah masanya untuk memasang power supply tersebut ke dalam casing. Berikut adalah gambaran pemasangan power supply ke dalam casing.

Ini adalah kedudukan power supply yang telah siap dipasang ke dalam casing.



Proses seterusnya dalam pemasangan komputer adalah memasang motherboard ke dalam casing. Jumpa lagi pada entry yang seterusnya.

Wednesday, 1 April 2009

Sambungan tutorial pemasangan komputer.

Dah lama rasanya tak post artikel berkenaan dengan pemasangan sendiri komputer. Topik terakhir yang dipostkan ke blog ini adalah berkenaan dengan pemasangan memori komputer (RAM). Topik pemasangan komputer akan diteruskan dengan pemasangan Motherboard ke dalam Casing komputer. Ianya adalah turutan dalam proses pemasangan komputer. Nantikan kemunculan post ini...

"Dunia Komputer Klon"