Wednesday, 11 March 2009

Kad grafik

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kad grafik. Apa itu kad grafik? Kad grafik adalah kad tambahan (expension card) yang berfungsi untuk memproses dan menghasilkan imej untuk dipaparkan pada peranti output iaitu monitor. Kad grafik dikenali dengan pelbagai nama antaranya kad pemecutan grafik (graphics accelerator card) dan juga adapter grafik (graphics adapter). Pada masa sekarang, kad grafik berbentuk kad tambahan didatangkan dalam bentuk PCI-express. Kad grafik juga didatangkan dalam pakej terbina dalam iaitu disertakan bersama-sama dengan motherboard. Kad grafik jenis jenis biasanya dikenali sebagai video controller ataupun graphic controller.

Apabila ditanya tentang penggunaan kad grafik, biasanya ia akan dianggap sebagai komponen yang amat diperlukan untuk memainkan permainan video 3D. Konsep ini sebenarnya terlalu sempit. Selain daripada digunakan untuk memproses grafik berasaskan 3D, kad grafik juga digunakan dalam kerja-kerja berasaskan grafik seperti suntingan grafik dan animasi 3D.

Apabila anda ingin membeli sesebuah kad grafik, terdapat dua perkara yang perlu anda ambil perhatian iaitu:

Unit Pemprosesan Grafik (GPU)

Berfungsi untuk memproses data grafik. Dianggap otak kepada kad grafik. Dua perkara yang perlu diambil kira ialah

Kelajuan jam teras (Core clock frequency) yang dinyatakan dalam unit megahertz (MHz).
Bilangan pipelines (penjana laluan) dinyatakan dalam unit pixel.

Semakin tinggi kelajuan jam teras dan banyak bilangan pipelines, semakin berkuasalah kad grafik tersebut. Kedua-dua elemen ini didarabkan bagi menghasilkan jumlah bayangan yang dijana oleh unit pemprosesan grafik tersebut. Contohnya kad yang mempunyai 8 pipelines pada 400MHz adalah lebih baik daripada kad grafik yang mempunyai 4 pipelines pada 500MHZ.

Memori video

Berfungsi untuk menyimpan data grafik secara sementara sebelum diproses. Dinyatakan dalam unit Bait.Semakin besar bilangan bait pada memori video semakin lajulah kad grafik tersebut. Jumlah memori yang tinggi sahaja tidak memadai untuk menghasilkan grafik yang baik. Ianya perlulah diseimbangkan dengan GPU yang berkuasa.

Output



Menjadi penghubung kepada kad grafik dengan unit paparan komputer (monitor). Terdapat tiga port yang boleh didapati dipasaran sekarang.

VGA (video graphics array) DB-15.
Biasanya port ini berwarna biru. Ianya menyalurkan maklumat berbentuk analog ke unit paparan. Port ini biasanya digunakan untuk monitor jenis CRT cathode ray tube).

DVI (digital visual interface)
Biasanya port ini berwarna putih. Ianya menyalurkan maklumat berbentuk digital ke unit paparan. Prot ini biasanya digunakan untuk monitor jenis LCD

S-Video @ composite video.
Membenarkan penyambungan ke televisyen dilakukan.

Thursday, 26 February 2009

UBUNTU LINUX

Anda semua tentu sudah terbiasa dengan Windows XP ataupun Vista. Sistem operasi keluaran Microsoft ini seolah - olah mendominasi dunia perkomputeran serasi IBM sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1981. Bermula dengan Ms-DOS, Windows 3.0, Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows XP, Windows Vista dan yang terbaru Windows 7, Microsoft telah begitu sinonim dengan PC. Masyarakat telah menganggap komputer itu adalah Windows. Jika tanpa Windows komputer tidak akan berfungsi.

Tahukah anda apa itu Windows sebenarnya dalam istilah perkomputeran. Windows adalah salah satu daripada berpuluh-puluh jenis perisian yang dinamakan Sistem Operasi. Sistem Operasi adalah perisian yang membolehkan komputer itu berfungsi. Ianya menghubungkan perisian-perisian lain dengan perkakasan komputer.

Ubuntu Linux merupakan satu sistem operasi lengkap yang melakukan tugas sama seperti apa yang anda sering pakai sekarang seperi Microsoft Windows.

Ia mengamalkan konsep sumber terbuka yang bermakna sesiapa sahaja boleh melihat, mengedit, mencipta kod-kod programnya.

Ubuntu Linux juga terkenal dengan sifatnya yang mesra pengguna, stabil, selamat dan laju dan yang paling penting ianya PERCUMA. Percuma kerana anda tidak perlu membayar lesen unutk memasangnya pada komputer anda. Contohnya, jika anda memasang Windows XP pada komputer anda, anda haruslah membayar lesen penggunaan Windows kepada Microsoft yang biasanya berharga RM 300 bagi setiap PC, tetapi perkara ini tidak jika anda memasang Ubuntu Linux. Pasanglah pada seribu komputer, ianya tetap percuma.

Sesuai untuk laptop, desktop dan server.

Ini adalah screenshot komputer saya yang dipasang dengan Ubuntu Linux..

Sunday, 1 February 2009

Apa itu Wi - Fi?

Wi-Fi merupakan singkatan bagi Wireless Fidelity dimana istilah ini telah diberikan secara rasmi oleh WECA(Wireless Ethernet Compatibility Alliance).
Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpawayar pada penghujung tahun 1998. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi yang diinstalasi di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa. Titik capaian (access point) adalah merujuk kepada satu peranti elektronik kecil yang bertindak sebagaipenghubung dengan kad Wi-Fi yang diinstalasi di dalam komputer pengguna bagi membolehkan perpindahan data berlaku. Menerusi spefikasi 802.11 di antara sumber jalurlebar seperti DSL atau kabel dengan komputer tersebut.802.11 pula merujuk kepada spefikasi teknikal keluarga pautan tanpa wayar LAN yang diberikan oleh IEEE
(Institute of Electrical and Electronic Engineers). Teknologi Wi-Fi dikatakan tergolong dalam spesifikasi 802.11b yang membolehkan perpindahan data berlaku
dalam kelajuan sehingga 11Mbps di dalam jalur 2.4 GHz. Sementara itu, teknologi 802.11a pula adalah lanjutan kepada teknologi 802.11b di mana teknologinya
lebih pantas. Teknologi 802.11a membenarkanperpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 Mbps di dalam jalur 5 GHz. Teknologi ini juga dikenali sebagai Wi-Fi5 atau WECA.
Ethernet merupakan senibina LAN yang telah dibangunkan oleh Xerox Corp dan ianya merupakan kad antaramuka rangkaian yang digunakan dalam rangkaian LAN biasa. Sedangkan Wi-Fi pula adalah merupakan senibina LAN yang digunakan dalam persekitaran tanpa wayar. Ringkasnya ethernet digunakan dalam rangkaian LAN yang berwayar (menggunakan kabel seperti CAT5 untuk dihubungkan ke jalur lebar) manakala Wi-Fi
pula digunakan dalam rangkaian LAN tanpa wayar(menggunakan kad Wi-Fi dan dihubungkan ke titik capaian seterusnya akan menghubungkan ke jalur lebar).
LAN adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputerdihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan wayar.
WLAN pula adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain tanpa menggunakan wayar. Konsep WLAN adalah sama dengan LAN misalnya dari segi penggunaan pelayan dan sistem pentadbiran.
Bezanya cuma dari segi medium iaitu WLAN menggunakan gelombang radio manakala LAN
menggunakan kabel untuk mentransmisikan data.

Saturday, 3 January 2009

Opss...buang cas dulu...

Di dalam badan setiap manusia ada terbentuknya cas elektrostatik. Cas ini terhasil dari aktiviti badan manusia, contohnya seperti berjalan di atas karpet. Walaupun cas elektrostatik ini wujud dalam badan dalam kuantiti yang amatlah sedikit (dalam beberapa milivolt sahaja), ianya mampu merosakkan sesebuah komponen elektronik apabila terkenanya.
Salah satu cara bagi mengelak daripada peralatan @ komponen elektronik, contohnya komponen komputer rosak adalah dengan menyahcaskan cas elektrostatik yang wujud dalam bdadan kita. Ianya dilakukan dengan memegang badan besi, contohnya kerangka komputer terlebih dahulu sebelum mengendalikan komponen komputer ataupun dengan memakai "electrostatic discharge strap" yang boleh didapati dari mana-mana kedai komputer dan elektrik.

Saturday, 13 December 2008

It's too HOT...

"Sedang anda menyiapkan assignment dengan PC anda, tiba - tiba PC anda Hang....TIT..TIT...TIT...CPU anda mengeluarkan bunyi..."


Anda tentu pernah mengalami situasi seperti di atas. Anda mungkin tertanya2 apakah masalah yang menyebabkan masalah sedemikian terjadi. Erm...di ruangan ini akan saya terangkan.

Masalah yang menyebabkan terjadinya masalah di atas adalah "Kepanasan melampau " pada Processor. Seperti yang kita semua sedia maklum, Processor menghasilkan haba apabila beroperasi. Menurut Hukum Ohm, semakin panas sesuatu logam @ pengalir, semakin tinggi rintangan tang dihasilkan olehnya untuk mengalirkan arus elektrik. Apabila rintangan meningkat, ini akan menyebabkan frekuensi processor semakin menurun seterusnya menyebabkan processor tidak dapat melarikan arahan pada komputer (beroperasi).

Semua maklum, yang processor biasanya dilengkapi dengan sebuah kipas penyejuk (Cooling Fan) di atasnya. Kipas penyejuk ini bertindak menyejukkan processor dengan menyebarkan haba yang dihasilkan oleh processor ke persekitaran. Bilah2 logam pada kipas penyejuk adalah bertujuan untuk menambahkan lagi luas permukaan seterusnya mempercepatkan lagi kesan penyejukan pada processor. Kecekapan menyebarkan haba ke persekitaran oleh kipas penyejuk bergantung kepada keluasan permukaan sirip penyejuk yang boleh menyebarkan haba. Apabila tedapat habuk pada sirip penyejuk, ini akan mengurangkan keluasan permukaannya untuk menyebarkan haba. Oleh itu, habuk2 ini haruslah dibersihkan agar tindakan penyejukkan oleh kipas penyejuk ini dapat berjalan dengan efisyen dan cekap. Habuk yang melekat pada sirip kipas penyejuk haruslah disedut (Vakum) dengan menggunakan vakum bersaiz kecil yang boleh didapati di mana2 kedai aksesori komputer. Alat vakum ini menggunakan USB sebagai tempat untuk mendapatkan bekalan kuasa untuk menjalankannya.