Saturday, 26 September 2009

Kenapa komputer ku slow???!!!

Anda mungkin pernah mengalami masalah ini, prestasi komputer anda semakin perlahan. Jika dulu komputer anda dapat menjalankan aplikasi sepantas kilat, sekarang ni nak jalankan program kecil pun terhegeh-hegeh. Kadang-kadang bila anda sentuh casing komputer atau laptop anda, terasa bahangnya.

Kebanyakan dari pengguna  komputer akan melakukan perkara seperti berikut bagi mengembalikan prestasi komputer kesayangan, antaranya ialah Scan Registry, buang program yang jarang digunakan, buang fail temporary, defrag cakera keras dan maca-macam lagi. Semua ini dilakukan demi mengharapkan prestasi komputer kembali seperti sedia kala. Malangnya setelah semua itu dilakukan, keputusannya tetap sama, komputer tetap lembab macam siput…

Buntu dalam mencari punca kenapa komputer lembab, anda bercadang hendak format dan install semula Windows saja. Tunggu dulu!! sebelum anda menghabiskan masa dengan menginstall semula Windows, cuba anda buka casing komputer anda, dan saya pasti di dalam casing anda telah berkumpul habuk.

Bersihkan habuk berkenaan dan anda akan pasti merasakan prestasi komputer akan seperti  sediakala…..

Selamat mencuba….

Monday, 13 July 2009

Tiba-tiba semuanya "GELAP"

Pernahkah komputer anda mengalami masalah sebegini, ianya terpadam @ shutdown secara tiba-tiba. Jangan panik? Entry saya pada kali ini akan menerangkan secara asasnya mengapa masalah ini terjadi kepada komputer anda.

Secara asasnya terdapat lima punca yang boleh anda kenalpasti bagi menyelesaikan masalah ini.

1) Masalah kepanasan terlampau.

Kepanasan terlampau boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada komponen komputer. Masalah ini biasanya terjadi kepada prosesor, power supply dan casing. Jadi, bagi mengelakkan masalah ini terjadi, pembuat motherboard telah meletakkan sensor pengesan haba bagi mengesan terjadinya kepanasan melampau pada prosesor, power supply dan di dalam casing. Sistem komputer akan terpadam dengan sendirinya jika suhu sudah mencapai nilai maksimumnya.

Berikut adalah langkah demi langkah untuk mengenalpasti samaada komputer anda terpadam berpunca dari kepanasan melampau ini @ tidak :

-: Periksa kipas pada bahagian belakang power supply, pastikan ianya berfungsi dengan baik dan tidak mengeluarkan bunyi bising yang menandakan berlakunya sekatan pada pusingan kipas tersebut.

-: Periksa kipas yang terdapat pada heat sink prosesor dan pada casing komputer. Pastikan ianya berfungsi dengan baik dan tiada sekatan.

-: Periksa sambungan slot heatsink dengan prosesor samaada longgar atau tidak. Kadang-kadang proses penukaran @ upgrade komputer boleh menyebabkan masalah ini berlaku.

-: Periksa suhu sistem dan prosesor melalui BIOS. Sesetengah nilai maksimum suhu sistem dan prosesor pada BIOS boleh ditetapkan.

2) Masalah atau kesilapan pemprosesan hardware.

Hardware yang bermasalah @ tidak serasi boleh menyebabkan masalah ini. Pastikan tidak berlaku konflik antara hardware dengan memeriksanya pada device manager pada control panel > system.

3) Jangkitan virus.

Pastikan komputer anda sentiasa dilengkapi dengan anti virus terbaru dan up date. Sentiasa peka dengan serangan virus terbaru lebih-lebih lagi jika komputer anda bersambung dengan internet dan berkongsi fail dalam rangkaian @ thumb drive.

4) Masalah dengan Sistem Operasi.

Windows yang bermasalah boleh menyebabkan berlakunya perkara ini. Cuba install windows baru jika anda mengesyaki masalah ini berpunca dari windows. Biasanya akan keluar skrin ralat sebelum komputer itu shutdown jika masalah ini berpunca dari windows.

5) Kegagalan komponen.

Setelah anda install windows baru, komputer tetap shutdown secara tiba-tiba, masalah ini mungkin berpunca dari kegagalan pada RAM, Processor, motherboard ataupun power supply.

Saturday, 11 July 2009

BSOD...apa tue nyerk??

Artikel ini ditujukan kepada pengguna komputer yang menggunakan Sistem Operasi keluaran Microsoft.

Sedang anda asyik menggunakan komputer untuk menyiapkan assignment anda, tiba-tiba komputer anda memaparkan paparan berwarna biru. Alangkah kecewanya anda bila assignment yang ditaip itu belum pun sempat si "save" lagi. Mengapakah komputer memaparkan paparan sedemikian dan apakah pula punca kepada permasalahan tersebut. Jom kita fahami permasalahan ini.



Paparan yang dipaparkan oleh komputer tersebut adalah apa yang dikenali sebagai BSOD. BSOD adalah singkatan kepada "Blue Screen of Death". Ianya dipaparkan apabila Windows mengalami masalah ralat sistem (System error). Biasanya selepas memaparkan paparan ini, windows akan terpadam (Shut down) dengan sendiri. Ini bertujuan bagi mengelakkan kerosakan sama ada dari segi harware ataupun software.

Berikut adalah antara punca - punca mengapa BSOD terjadi.

1) kerosakan fail Device driver, Registry, fail DLL yang tidak serasi.
2) Kerosan memori (RAM).
3) Kerosakan power supply.
4) Kepanasan terlampau bagi sistem terutama Prosesor.
5) Ketidakserasian antara perkakasan.

Friday, 19 June 2009

Masalah komputer

Dah lama rasanya tidak masukkan entry terbaru. Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan kerja hakiki saya, jadi masa untuk beronline agak berkurangan.

Dari pengamatan saya selama ini, blog yang berkaitan komputer dalam bahasa melayu kebanyakkannya hanya menekankan dari segi software sahaja. Agak kurang blog yang menekankan dari segi cara membaiki komputer dari segi hardwarenya. Jadi, mulai dari sekarang saya akan cuba untuk menekankan permasalahan komputer dari segi hardwarenya. Nantikan kemunculan entry terbaru...

Thursday, 30 April 2009

Pemasangan Motherboard

Sebelum memulakan proses ini, pastikan anda telah memasang processor dan heatsink, RAM dan power supply unit. Motherboard yang telah siap dipasang dengan processor bersama heat sink dan RAM akan ditempatkan ke dalam casing. Sebelum memulakan proses pemasangan tersebut, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan memasang panel Input/output (I/O panel) pada bahagian belakang casing. Ini adalah tempat dimana panel I/O akan dipasang.





Biasanya panel I/O ini telah disediakan oleh pembuat casing. Lazimnya, panel I/O ini tidak muat @ sesuai dengan panel I/O belakang pada motherboard yang kita beli. Bagi menyelesaikan masalah ini, biasanya pembuat motherboard menyertakan bersama panel I/O ini mengikut panel I/O yang terdapat pada motherboard. Berikut adalah contoh panel I/O yang disertakan bersama motherboard.



Panel I/O yang sedia ada pada casing bolehlah ditukarkan dengan panel I/O yang disertakan bersama motherboard dengan membuka panel I/O sedia ada dan masukkan panel I/O baru ke slot panel I/O mengikut orientasi panel I/O pada motherboard.



Sekarang tibalah untuk memasang motherboard ke dalam casing. Perhatikan terdapat orientasi lubang pada casing.



Pastikan kedudukan lubang ini adalah sama dengan lubang pada motherboard.




Setelah kedudukan lubang telah dikenalpasti, pasang skru pemegang pada casing.





Masukkan motherboard ke dalam casing.




Ikat motherboard pada casing dengan memasukkan skru pada lubang skru pada motherboard yang mempunyai skru pemegang di bawahnya.





Inilah kedudukan motherboard yang telah siap dipasang pada casing.