Wednesday 11 March 2009

Kad grafik

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kad grafik. Apa itu kad grafik? Kad grafik adalah kad tambahan (expension card) yang berfungsi untuk memproses dan menghasilkan imej untuk dipaparkan pada peranti output iaitu monitor. Kad grafik dikenali dengan pelbagai nama antaranya kad pemecutan grafik (graphics accelerator card) dan juga adapter grafik (graphics adapter). Pada masa sekarang, kad grafik berbentuk kad tambahan didatangkan dalam bentuk PCI-express. Kad grafik juga didatangkan dalam pakej terbina dalam iaitu disertakan bersama-sama dengan motherboard. Kad grafik jenis jenis biasanya dikenali sebagai video controller ataupun graphic controller.

Apabila ditanya tentang penggunaan kad grafik, biasanya ia akan dianggap sebagai komponen yang amat diperlukan untuk memainkan permainan video 3D. Konsep ini sebenarnya terlalu sempit. Selain daripada digunakan untuk memproses grafik berasaskan 3D, kad grafik juga digunakan dalam kerja-kerja berasaskan grafik seperti suntingan grafik dan animasi 3D.

Apabila anda ingin membeli sesebuah kad grafik, terdapat dua perkara yang perlu anda ambil perhatian iaitu:

Unit Pemprosesan Grafik (GPU)

Berfungsi untuk memproses data grafik. Dianggap otak kepada kad grafik. Dua perkara yang perlu diambil kira ialah

Kelajuan jam teras (Core clock frequency) yang dinyatakan dalam unit megahertz (MHz).
Bilangan pipelines (penjana laluan) dinyatakan dalam unit pixel.

Semakin tinggi kelajuan jam teras dan banyak bilangan pipelines, semakin berkuasalah kad grafik tersebut. Kedua-dua elemen ini didarabkan bagi menghasilkan jumlah bayangan yang dijana oleh unit pemprosesan grafik tersebut. Contohnya kad yang mempunyai 8 pipelines pada 400MHz adalah lebih baik daripada kad grafik yang mempunyai 4 pipelines pada 500MHZ.

Memori video

Berfungsi untuk menyimpan data grafik secara sementara sebelum diproses. Dinyatakan dalam unit Bait.Semakin besar bilangan bait pada memori video semakin lajulah kad grafik tersebut. Jumlah memori yang tinggi sahaja tidak memadai untuk menghasilkan grafik yang baik. Ianya perlulah diseimbangkan dengan GPU yang berkuasa.

Output



Menjadi penghubung kepada kad grafik dengan unit paparan komputer (monitor). Terdapat tiga port yang boleh didapati dipasaran sekarang.

VGA (video graphics array) DB-15.
Biasanya port ini berwarna biru. Ianya menyalurkan maklumat berbentuk analog ke unit paparan. Port ini biasanya digunakan untuk monitor jenis CRT cathode ray tube).

DVI (digital visual interface)
Biasanya port ini berwarna putih. Ianya menyalurkan maklumat berbentuk digital ke unit paparan. Prot ini biasanya digunakan untuk monitor jenis LCD

S-Video @ composite video.
Membenarkan penyambungan ke televisyen dilakukan.

1 comment:

Anonymous said...

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kad grafik. Apa itu kad grafik? Kad grafik adalah kad tambahan (expension card) yang berfungsi untuk memproses dan menghasilkan imej untuk dipaparkan pada peranti output iaitu monitor. Kad grafik dikenali dengan pelbagai nama antaranya kad pemecutan grafik (graphics accelerator card) dan juga adapter grafik (graphics adapter). Pada masa sekarang, kad grafik berbentuk kad tambahan didatangkan dalam bentuk PCI-express. Kad grafik juga didatangkan dalam pakej terbina dalam iaitu disertakan bersama-sama dengan motherboard. Kad grafik jenis jenis biasanya dikenali sebagai video controller ataupun graphic controller.Apabila ditanya tentang penggunaan kad grafik, biasanya ia akan dianggap sebagai komponen yang amat diperlukan untuk memainkan permainan video 3D. Konsep ini sebenarnya terlalu sempit. Selain daripada digunakan untuk memproses grafik berasaskan 3D, kad grafik juga digunakan dalam kerja-kerja berasaskan grafik seperti suntingan grafik dan animasi 3D.