Sunday 18 May 2008

Bina Komputer (Part 1)

Ok, sekarang tibalah masanya untuk kita mula memasang komputer. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menentukan apakah kegunaan komputer tersebut? Adakah komputer yang akan anda bina akan digunakan untuk melakukan kerja-kerja menaip Microsoft Word atau e-mail dan melayari internet atau digunakan kegunaan multimedia atau melakukan kerja-kerja grafik dan PC Games. Semua ini perlu ditentukan kerana setiap cara penggunaan komputer akan menentukan spesifikasi komponen komputer yang akan dibeli.

Berikut adalah panduan spesifikasi kepada anda :

  • Untuk kerja-kerja menaip atau e-mail dan melayari internet

Processor = Intel Celeron (Dual Core), Intel Pentium Dual Core (1.6 - 2.2 GHz)

RAM = 512MB - 1GB DDR2

Integrated Sound card & Graphics Card


  • Untuk kerja-kerja Multimedia

Processor = Intel Pentium Dual Core, Intel Core 2 Duo (2.2GHz - 2.6GHz)

RAM = 1GB - 2GB DDR2

Integrated Sound Card, Kad Garfik


  • Untuk kerja-kerja Grafik dan Games
Processor = Intel Core 2 Duo, Intel Core 2 Quad (2.5GHz - 2.8GHz)
RAM = 2GB ke atas
Sound Card dan Kad grafik

Semua sfesifikasi yang dinyatakan di atas hanyalah sebagai panduan dan mungkin berubah mengikut perkembangan teknologi semasa. Apa yang penting adalah, pastikan komputer yang di bina mengikut keperluan penggunaan komputer anda. Jika tidak, pembaziran akan berlaku ataupun potensi komputer tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Komputer Pertamaku..


Nie la komputer pertama yang saya miliki. Ianya masih tetap berfungsi dengan baik. Tiada masalah pada hardware..cuma kekadang Windows je problem. Spec komputer adalah seperti berikut :


Intel Celeron 333MHz

RAM SDRAM 64Mb

Hard Disk 3.2Gb

Windows 98


Dulu, masa mula-mula beli rasa cam laju sangat komputer nie, tapi sekarang rasa cam terlalu slow. Ape pun, komputer nie tetap banyak berjasa kepadaku..

DUNIA KOMPUTER KLON..PEACE

Friday 9 May 2008

Kongsi STREAMYX

Anda mempunyai akaun broadband contohnya STREAMYX dan anda juga mempunyai lebih dari satu komputer, contohnya dua komputer dan anda ingin kedua-dua komputer ini mempunyai sambungan ke Internet. Haruskah anda mempunyai dua akaun internet demi membolehkan kedua-dua komputer ini mempunyai sambungan ke Internet. Jawapannya adalah TIDAK.. Ini kerana di sini saya akan menunjukkan kepada anda cara untuk menyambung dua buah komputer ke Internet dengan menggunakan satu akaun Internet.

Ini adalah caranya :

Bagi membolehkan komputer anda berkongsi sambungan streamyx, anda memerlukan perkakasan seperti berikut :


  • Set komputer yang dilengkapi dengan kad rangkaian (network card). Komputer pertama (PC1) akan bertindak sebagai SERVER dan komputer kedua (PC2) dan komputer seterusnya (jika ada) akan bertindak sebagai CLIENT.

  • Modem ADSL (disertakan bersama jika anda melanggan pakej COMBO TMNET STREAMYX)
  • Switch. Peranti yang digunakan untuk menghubungkan lebih daripada 3 peranti network. Keupayaan untuk menghubungkan komputer bergantung kepada bilangan port yang terdapat pada switch. Biasanya bilangan port adalah 5, 8, 16, 24.

  • Kabel RJ45 (kabel network), jumlah kabel yang dikehendaki adalah mengikut bilangan komputer yang hendak dijadikan sambungan rangkaian, minimum 3 kabel. Boleh didapati dalam pelbagai saiz (panjang).

  • Kabel RJ11 (kabel telefon)
Setelah semua perkakasan telah disediakan, sambung setiap peranti mengikut gambarajah di bawah :





Setelah anda berjaya menyambungkan kesemua perkakasan, sekarang tibalah bahagian untuk setting komputer bagi membolehkan kesemua perkakasan berkomunikasi dan seterusnya berkongsi sambungan internet.

Set up TCP/IP

Protokol adalah standard yang mengawal atau membolehkan komunikasi atau perpindahan data antara dua perkakasan komputer. TCP/IP adalah singkatan kepada TRANSMISSSION CONTROL PROTOCOL / INTERNET PROTOCOL. Dengan kata lain, TCP/IP diperlukan bagi membolehkan setiap peranti network berkomunikasi antara satu sama lain dan mempunyai sambungan ke internet. Anda perlu memastikan bahawa setiap komputer mempunyai nilai TCP/IP yang unik. Nilai TCP/IP bagi setiap komputer tidak boleh sama. Jika anda ingin menyambung internet untuk 2 buah komputer, anda harus menetapkan sebuah komputer sebagai SERVER (hanya sebuah komputer berhak bertindak sebagai SERVER dalam sesebuah network komputer) dan sebuah komputer lagi sebagai CLIENT, jika lebih dari dua komputer, semua komputer yang lain turut bertindak sebagai CLIENT. SERVER akan bertindak sebagai gateway ke internet untuk komputer CLIENT.

Untuk mengubah nilai TCP/IP bagi setiap komputer, anda harus mengikuti langkah berikut :

Control panel > Network and Internet connection > network connection


klik kanan pada > LAN or High speed internet > pilih properties

Pada windows Local area connections properties, pilih Internet protocol (TCP/IP)

klik properties.

Pada windows Internet protocol (TCP/IP) properties :

klik pada radio button use the folowing IP adress

Setting untuk komputer SERVER :

  • IP Adress 192.168.0.1
  • Subnet mass 255.255.255.0
  • Default gateway 192.168.1.1 (nilai IP ini adalah IP modem ADSL, mungkin berubah mengikut modem ADSL yang anda gunakan)

Setting untuk komputer CLIENT :

  • IP Adress 192.168.0.2 (Jika ada komputer lagi, ganti no 2 kepada 3,4,5 dan seterusnya.)
  • Subnet mass 255.255.255.0
  • Default gateway 192.168.0.1 (Nilai IP bagi komputer SERVER)

Pada bahagian bawah, pada ruang use the following DNS server adressess :

  • Preferred DNS server 202.188.0.133
  • Alernate DNS server 202.188.1.5

IP bagi DNS (preferred atau Alternate) adalah berubah mengikut penyedia perkhidmatan internet anda. Nilai IP di atas adalah nilai IP bagi DNS server streamyx. Kedua-dua nilai ini adalah sama bagi semua komputer (SERVER / CLIENT).

Setelah kesemua nilai telah dimasukkan, klik OK. Komputer anda perlu di restart.

Set up sambungan network

Nilai TCP/IP telah anda tetapkan. Sekarang untuk memulakan sambungan network antara komputer di dalam rangkaian. Pastikan semua komputer telah dihidupkan sebelum memulakan sambungan. Cara adalah sama tidak mengira SERVER / CLIENT.

Control panel > network and internet connections > set up or change your home or small office network

pada windows network setup wizard :

klik next > klik next > bagi SERVER pilih no, bagi CLIENT pilih yes >
masukkan computer description dan computer name, klik next >
masukkan workgroup name klik next >
pilih untuk kongsi atau tidak fail dan printer klik next >
Klik next > komputer mula menyambung ke network, klik next >
pilih just finish the wizard, klik next > klik finish. Komputer perlu restart.

Set up Internet

Setelah itu, kita akan connect ke internet pada komputer SERVER :

control panel > network and internet connections > set up or change your internet connections.

pada new connection wizard :

klik next > pilih connect to the internet, klik next
pilih set up my connection manually, klik next
pilih connect using a broadband connection that requires a user name and password, klik next
masukkan ISP name, contohnya streamyx, klik next
masukkan user name, password dan confirm password, klik next
Tick (klik) pada add a shortcut to this connection to my desktop, klik finish. Komputer perlu restart.

Untuk menyambungkan SERVER ke internet, double klik pada icon streamyx pada desktop.
klik connect, SERVER akan disambungkan ke internet.
Bagi membolehkan CLIENT turut mendapat sambungan ke internet, lakukan langkah-langkah berikut hanya pada SERVER :
start > connect to > show all connections
klik kanan pada ikon streamyx pilih properties
pilih advanced, tandakan dengan klik pada kotak allow other network users to connect through this computer's internet connections.
Buangkan tanda (uncheck) dengan klik pada kotak allow other network users to control or disable the shared internet connections.
klik ok. Client secara automatik mendapat sambungan ke internet jika SERVER sambung ke internet.


OK, selamat mencuba. Sebarang pertanyaan, bolehlah diberi melalui komen.


Mengenali Cakera Keras (Hard Disc)

Berjumpa lagi pada sesi kali ini, diharap anda dapat mengikuti dan memahami sesi-sesi kita yang telah lalu. Pada sesi kali ini, kita akan membincangkan topik mengenai pemacu cakera keras(HARD DISC DRIVE).
Perhatikan gambar di atas, itu adalah pemacu cakera keras. Apakah yang dimaksudkan dengan pemacu cakera keras (hard disc drive) ini. Pemacu cakera keras adalah salah satu komponen internal storage pada sistem komputer. Ia adalah komponen yang menyimpan data di dalam sistem komputer dan data di dalamnya kekal walaupun tiada bekalan elektrik. Segala program di dalam komputer adalah disimpan di dalam pemacu cakera keras. Berikut adalah spesifikasi yang perlu anda tahu mengenai pemacu cakera keras.
kapasiti dan access speed.

Pemacu cakera keras yang berada di pasaran semasa mempunyai kapasiti penyimpanan sebanyak 120 gigabait (GB) hingga 1 terabait (TB) @ 1000 gigabait (GB) dan berputar pada kelajuan 7200 pusingan seminit . Kelajuan access speed biasanya 1Gigabit sesaat (Gbps). Semakin besar kapasiti cakera keras, semakin banyaklah data yang dapat dimuatkan. Manakala access speed mempengaruhi prestasi sistem komputer dimana semakin besar acces speed semakin lajulah komputer mengakses data yang mana ia secara langsung menambah kelajuan komputer.

Form Factor

Form factor adalah saiz pemacu cakera keras. Ia diukur berdasarkan kepada lebar pemacu. Unit form factor adalah inci. Form factor penting diketahui kerana slot pada bahagian hadapan casing dimana pemacu hendak ditempatkan hendaklah mempunyai saiz yang sama dengan saiz pemacu. Form factor bagi cakera keras untuk kegunaan komputer peribadi desktop adalah 3.5 inci.

Gambar di bawah menunjukkan dua pemacu cakera keras dipasang pada slot hadapan casing (slot telah diasingkan dari casing untuk gambaran lebih jelas).




Antaramuka (interfaces)



Antaramuka adalah cara untuk pemacu cakera keras berkomunikasi dengan komponen-komponen komputer yang lain. Komunikasi antara pemacu cakera keras dengan komponen lain adalah menggunakan bus yang dihubung dengan menggunakan kabel melalui connector yang terdapat pada pemacu dan motherboard. Bus yang digunakan hendaklah sama, contohnya pemacu cakera keras jenis SATA hendaklah disambungkan kepada connector jenis SATA pada motherboard dengan menggunakan kabel jenis SATA, dan begitu juga PATA / IDE. Terdapat dua antaramuka yang perlu anda ketahui iaitu:


  • ATA selari @ parallel ATA (PATA, biasanya dikenali sebagai IDE @ EIDE).

Gambar di bawah menunjukkan connector PATA pada motherboard dan kabel IDE.






  • ATA sesiri @ serial ATA (SATA, jenis yang terbaru).

Gambar di bawah menunjukkan connector SATA dan kabel SATA.




Gambar di bawah menunjukkan connector PATA / IDE (bawah) dan SATA (atas) yang terdapat pada pemacu cakera keras. Perhatilan bentuk connector adalah berlainan.







Perhatikan gambar di bawah untuk melihat bagaimana pemacu cakera keras disambungkan kepada kabel mengikut jenis interface yang digunakan. Gambar atas menunjukkan interface PATA / IDE manakala yang bawah menunjukkan interface SATA.







Apabila anda hendak membeli pemacu cakera keras, pastikan anda mengikut format ini :


( Jenis antaramuka , Kapasiti ).


contohnya :

Anda hendak membeli pemacu cakera keras jenis SATA yang berkapasiti 160GB (gigabait). Jadi anda hendaklah menyatakan kepada jurujual,
hard disc SATA 160GB.


OK, berjumpa kita disesi yang akan datang..

<<>>







Wednesday 7 May 2008

Mengenali kerangka (Casing)


Kerangka atau casing adalah tempat untuk menempatkan semua komponen komputer bagi membentuk satu sistem yang biasanya dikenali sebagai CPU. Casing dipasarkan dalam pelbagai saiz dan rupa. Apa yang penting semasa membeli casing adalah :
  • saiz motherbord

Anda harus memastikan saiz motherboard disokong oleh casing. Saiz motherboard adalah diukur mengikut form factor (dalam unit mm). Pastikan mounting (tempat skru) motherboard adalah sama dengan mounting pada casing.

  • Power supply

Kebanyakan casing disertakan bersama dengan power supply. Power supply haruslah mempunyai kuasa yang mencukupi bagi membekalkan kuasa kepada semua komponen komputer. Kuasa minimum power supply yang diperlukan adalah 300watt dan ke atas. Selain kuasa, anda juga harus memastikan power supply anda mempunyai connector yang mencukupi bagi bekalan kuasa kepada komponen-komponen seperti motherboard, hard disk, fllopy disk, CD ROM dll. Antara connector yang WAJIB ada adalah ATX power connector (24 pin), ATX 12V power connector, IDE @ SATA power connector, FDD power connector.

  • Slot hadapan

Slot hadapan adalah tempat untuk memuatkan komponen seperti Pemacu Optikal (cth CD ROM,CD RW, DVD ROM, DVD RW) dan Pemacu Cakera Liut. Pastikan bilangan slot adalah mencukupi. Pastikan juga casing anda mempunyai panel USB dan panel I/O Audio.

Mengenali Memori (RAM)

Hai..bertemu lagi peminat komputer KLON. Kali ini kita akan membincangkan berkenaan dengan memori atau RAM (Random Acces Memory).

RAM memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi sesuatu sistem komputer yang hendak dibina. Ianya bolehlah diibaratkan sebagai CC enjin pada kereta. Semakin besar CC atau kapasitinya, lagi lajulah ia. RAM yang besar membolehkan sistem anda berupaya untuk membolehkan banyak program beroperasi secara serentak, meningkatkan kelajuan program dan memainkan permainan dan multimedia dengan lebih baik.


OK, Sekarang kita akan mengenali RAM dengan lebih dekat. Gambar di bawah menunjukkan contoh komponen RAM yang terdapat dipasaran.





Ianya berupa seperti barisan cip yang disusun secara berturutan pada papan litar. Gambar di bawah pula menunjukkan soket untuk menempatkan RAM pada motherboard dan kedudukannya pada motherboard.



Sebelum anda membeli sesuatu RAM, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu, iaitu :

  • Jenis RAM

Boleh dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu :

SD RAM (synchronous)

DDR RAM (double data rate)

DDR2 RAM (double data rate 2)

  • Kelajuan RAM
    Adalah kelajuan FSB (front speed bus) bagi memori (RAM). Nilai kelajuan FSB RAM haruslah disokong oleh motherboard yang mana RAM tersebut hendak ditempatkan. Dinyatakan dalam unit Hertz. Kelajuan RAM semasa yang boleh didapati di pasaran adalah dalam unit MegaHertz (MHz). Terdapat beberapa cara kelajuan RAM dinyatakan, bergantung kepada jenis RAM.

1. Bagi RAM jenis SD RAM :
Ditarafkan mengikut perkadaran langsung jam memori, bermula dari 66MHz hingga 133MHz. Dinyatakan dengan meletakkan huruf PC di hadapannya. Contohnya RAM beroperasi pada kelajuan 133, dirujuk sebagai PC133 SDRAM.

2. Bagi RAM jenis DDR dan DDR2:
Ditarafkan berdasarkan perkadaran langsung jam memori atau lebar jalur pada memori tersebut.

  • Jika mengikut perkadaran langsung jam memori :
Nilai perkadaran memori akan didahului dengan huruf DDR atau DDR2. Contohnya RAM beroperasi pada kelajuan 400Hz, dirujuk sebagai DDR 400MH atau DDR2 400MHz.

  • Jika mengikut kadar lebar jalur :
Berbeza dengan cara perkadaran langsung jam yang dinyatakan dalam unit megaHertz (MHz), kadar jalur lebar nyatakan dalam unit megabit per saat (Mbps). Dinyatakan dengan meletakkan PC dihadapannya. Berikut adalah penarafan standad kadar langsung jam kepada kadar lebar jalur :

266 MHz = 2100Mbps
333 MHz = 2700 Mbps
400 MHz = 3200 Mbps
533 Mhz = 4200 Mbps
667 MHz = 5300 Mbps

Contohnya RAM beroperasi pada kelajuan 400 MHz akan dirujuk sebagai DDR PC3200 atau DDR2 PC3200.

  • Kapasiti RAM.
Dinyatakan dalam unit Bait. Nilai terkini kapasiti RAM adalah Gigabait (GB).


Membaca parameter pada RAM.
Perhatikan gambar di bawah
perhatikan label (pelekat putih) pada RAM. Pada bahagian bawah sekali, terdapat parameter seperti berikut : 256MB DDR PC 2100
256MB = kapasiti RAM.
DDR = Jenis RAM.
PC2100 = Kelajuan RAM mengikut kadar lebar jalur, atau jika megikut kadar langsung jam adalah 266MHz.

Bagaimana hendak membeli RAM?
Jika anda hendak membeli RAM dari kedai, pastikan anda mengikut format berikut :

(kapasiti RAM, jenis RAM, kelajuan RAM)

Contohnya, anda hendak membeli RAM 256MB DDR kelajuan FSB 266MHz, anda perlu menyebut RAM DDR 256MB bus speed 266.

OK, berjumpa kita pada sesi akan datang..
DUNIA KOMPUTER KLON