Showing posts with label open source. Show all posts
Showing posts with label open source. Show all posts

Friday, 9 April 2010

Sesuatu yang belum pasti milik kita...

Salam buat pengunjung laman mohadila corner. Rasanya dah lama sangat saya tidak membuat posting dalam blog ni, maklumlah kesibukan kerja membataskan segalanya. Tajuk posting ni agak sedikit sentimental, hehehe, tue kalau kita amati secara kasar, tetapi jika kita hayati apa yang hendak saya sampaikan anda mungkin akan memahaminya secara halusnya.

Apa yang saya ingin sampaikan ini hanyalah pendapat saya sebagai penyokong dan peminat dunia sumber terbuka. Setiap program Windows yang dibeli hanyalah untuk sebuah komputer, maksudnya ianya tidak boleh sesuka hati di install pada mana-mana komputer. Anda akan dituduh menggunakan perisian tidak berlesen jika menggunakan DVD Windows yang anda beli jika memasangnya pada lebih dari satu komputer. Bayangkan harga satu DVD Windows, RM190 - RM 670, dan itu hanya untuk satu komputer. Bayangkan jika anda ingin memasangnya pada 10 komputer, 100 komputer, 1000 komputer??? Bagi individu, hal ini mungkin tidak menjadi masalah, tetapi bagi pengguna korporat @ syarikat, ianya begitu terasa, peningkatan dalam perbelanjaan syarikat unutk sektor ICT, dan harga yang saya sebutkan itu hanya untuk Sistem Operasi sahaja, bayangkan kos untuk perisian-perisian lain???

Lain pula halnya dengan penggunaan sistem operasi dan perisian dari dunia sumber terbuka. Ianya tidak terikat dengan mana-mana lesen perisian. Tiada istilah perisian cetak rompak dalam dunia sumber terbuka, kerana program komputer ibarat ilmu sains, ilmu yang perlu dikongsi, untuk kebaikan manusia sejagat....

Thursday, 26 February 2009

UBUNTU LINUX

Anda semua tentu sudah terbiasa dengan Windows XP ataupun Vista. Sistem operasi keluaran Microsoft ini seolah - olah mendominasi dunia perkomputeran serasi IBM sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1981. Bermula dengan Ms-DOS, Windows 3.0, Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows XP, Windows Vista dan yang terbaru Windows 7, Microsoft telah begitu sinonim dengan PC. Masyarakat telah menganggap komputer itu adalah Windows. Jika tanpa Windows komputer tidak akan berfungsi.

Tahukah anda apa itu Windows sebenarnya dalam istilah perkomputeran. Windows adalah salah satu daripada berpuluh-puluh jenis perisian yang dinamakan Sistem Operasi. Sistem Operasi adalah perisian yang membolehkan komputer itu berfungsi. Ianya menghubungkan perisian-perisian lain dengan perkakasan komputer.

Ubuntu Linux merupakan satu sistem operasi lengkap yang melakukan tugas sama seperti apa yang anda sering pakai sekarang seperi Microsoft Windows.

Ia mengamalkan konsep sumber terbuka yang bermakna sesiapa sahaja boleh melihat, mengedit, mencipta kod-kod programnya.

Ubuntu Linux juga terkenal dengan sifatnya yang mesra pengguna, stabil, selamat dan laju dan yang paling penting ianya PERCUMA. Percuma kerana anda tidak perlu membayar lesen unutk memasangnya pada komputer anda. Contohnya, jika anda memasang Windows XP pada komputer anda, anda haruslah membayar lesen penggunaan Windows kepada Microsoft yang biasanya berharga RM 300 bagi setiap PC, tetapi perkara ini tidak jika anda memasang Ubuntu Linux. Pasanglah pada seribu komputer, ianya tetap percuma.

Sesuai untuk laptop, desktop dan server.

Ini adalah screenshot komputer saya yang dipasang dengan Ubuntu Linux..