Thursday, 30 April 2009

Pemasangan Motherboard

Sebelum memulakan proses ini, pastikan anda telah memasang processor dan heatsink, RAM dan power supply unit. Motherboard yang telah siap dipasang dengan processor bersama heat sink dan RAM akan ditempatkan ke dalam casing. Sebelum memulakan proses pemasangan tersebut, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan memasang panel Input/output (I/O panel) pada bahagian belakang casing. Ini adalah tempat dimana panel I/O akan dipasang.





Biasanya panel I/O ini telah disediakan oleh pembuat casing. Lazimnya, panel I/O ini tidak muat @ sesuai dengan panel I/O belakang pada motherboard yang kita beli. Bagi menyelesaikan masalah ini, biasanya pembuat motherboard menyertakan bersama panel I/O ini mengikut panel I/O yang terdapat pada motherboard. Berikut adalah contoh panel I/O yang disertakan bersama motherboard.



Panel I/O yang sedia ada pada casing bolehlah ditukarkan dengan panel I/O yang disertakan bersama motherboard dengan membuka panel I/O sedia ada dan masukkan panel I/O baru ke slot panel I/O mengikut orientasi panel I/O pada motherboard.



Sekarang tibalah untuk memasang motherboard ke dalam casing. Perhatikan terdapat orientasi lubang pada casing.



Pastikan kedudukan lubang ini adalah sama dengan lubang pada motherboard.




Setelah kedudukan lubang telah dikenalpasti, pasang skru pemegang pada casing.





Masukkan motherboard ke dalam casing.




Ikat motherboard pada casing dengan memasukkan skru pada lubang skru pada motherboard yang mempunyai skru pemegang di bawahnya.





Inilah kedudukan motherboard yang telah siap dipasang pada casing.