Wednesday 4 June 2008

Bina Komputer (Part 2)

Berjumpa lagi kita di sesi tutorial pemasangan komputer klon. Bagaimanakah pemahaman anda sepanjang sesi tutorial yang lepas. Saya mengharapkan anda dapat memahaminya. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan, bolehlah diajukan kepada saya melalui ruangan "Comments" yang disediakan.

Ok lah, sekarang kita teruskan sesi tutorial ini. Setelah anda menentukan tujuan komputer yang akan anda bina, tibalah masanya untuk membeli perkakasan (hardware) yang anda perlukan untuk membina sistem komputer. Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu ikuti secara satu persatu.

  1. Tentukan Cip Pemproses (Processor) dan kapasiti RAM yang komputer anda akan gunakan. Jenisnya adalah bergantung kepada kegunaan komputer tersebut. Sila rujuk bab Bina komputer (part 1) untuk lebih faham. Contohnya, komputer yang akan bina bertujuan untuk melakukan kerja-kerja menaip dan melayari internet, jadi processor yang anda perlukan adalah Intel Celeron dan RAM 512MB.
  2. Setelah jenis Processor dan RAM ditentukan, membeli motherboard adalah perkara seterusnya yang anda perlu lakukan. Motherboard yang akan dibeli haruslah menyokong processor dan RAM yang akan anda gunakan. Rujuk bab Mengenali motherboard untuk maklumat lanjut.
  3. Dengan merujuk kepada manual pada motherboard, tentukan Bus speed bagi processor dan RAM yang disokong oleh motherboard. Rujuk bab mengenali processor dan RAM untuk maklumat lanjut. Setelah nilai bus speed kedua-dua hardware tersebut ditentukan, bolehlah anda membeli processor dan RAM mengikut nilai bus speed yang disokong oleh motherboard.
  4. Beli Casing untuk menempatkan kesemua komponen sistem komputer yang akan dibina. Casing yang dibeli haruslah menyokong saiz motherboard dan komponen lain.
  5. Beli hard disk, optical Disk (CDROM @ DVD ROM @ CD RW), floopy disk, monitor, keyboard, speaker dan mouse.
  6. Jika anda ingin menggunakan Kad tambahan (kad Grafik @ bunyi), beli mengikut yang disokong oleh motherboard.

Ok, setelah anda membeli kesemua komponen di atas, maka anda telah bersedia untuk membina sistem komputer klon anda sendiri...

DUNIA KOMPUTER KLON...PEACE

No comments: