Sunday 27 July 2008

Pemasangan komputer - Memory (RAM)

Setelah berjaya memasang CPU & heat sink, langkah seterusnya dalam pemasangan komputer adalah memasang RAM. Bagi membina sistem yang pantas dan stabil, pemilihan RAM adalah memainkan peranan yang penting. Pastikan anda memilih modul RAM yang disokong oleh motherboard dan jika anda ingin memasang modul RAM lebih daripada satu modul, pastikan modul RAM tersebut adalah dari jenis yang sama dari segi kelajuan BAS ( Bus speed).

Sekarang kita ikuti langkah-langkah yang perlu diikuti bagi memasang modul RAM pada motherboard:


Kenalpasti slot RAM pada motherbard. Terdapat pelbagai warna slot yang digunakan pada motherboard. Pastikan juga bilangan slot RAM yang ada pada motherboard bagi tujuan meningkat upaya (upgrade) pada masa depan. Berikut adalah contoh slot RAM pada motherboard :


Pada setiap sisi slot RAM, terdapat dua ejector tab. Pastikan ejector tab berada pada posisi buka dengan menekan ke arah luar ejector tab tersebut.


Pada modul RAM dan slot RAM terdapat notch. Notch ini bertujuan bagi mengelakkan salah pemasangan. Setelah posisi notch pada modul RAM dan slot RAM sama, masukkan modul RAM ke dalam slot RAM secara menegak.


Tekan modul RAM ke bawah sehingga ejector tab klik pada notch yang terdapat pada sisi modul RAM.


Untuk lebih kefahaman, saksikan video ini :



Proses pemasangan RAM telah selesai. Berjumpa kita lagi di sesi yang akan datang.

2 comments:

Unknown said...

Jika ada sebarang pertanyaan, post je kt sini atau e-mail pada saya di mohamad.yusoff@yahoo.com.my

Anonymous said...

Pastikan anda memakai anti statik atau menyentuh tangan pada bahagian logam pada casing sebelum mengendalikan sebarang komponen komputer bagi mengelakkan sebarang kerosakan akibat cas elektrik statik...