Friday 14 November 2008

Cara mudah bina Network sendiri di rumah

Jika anda mempunyai lebih dari 2 buah komputer, pastinya anda mahu menyambungkannya antara satu sama lain. Dengan kata lain, membina network bagi komputer di rumah anda. Pastinya banyak kelebihan mempunyai network sendiri, contohnya :

1. Main game multiplayer.
2. Berkongsi sambungan internet.
3. Berkongsi Fail dan software antara komputer.

Untuk membina rangkaian komputer di rumah, berikut adalah hardware yang anda perlukan:

1. Dua atau lebih Komputer

pastikan komputer anda mempunyai kad rangkaian. Kebanyakan komputer sekarang mempunyai kad rangkaian terbina dalam "onboard". Jika komputer anda tidak mempunyai kad rangkaian, anda boleh membelinya dari kedai komputer berhampiran. Biasanya kad rangkaian ini adalah dari jenis PCI. Pastikan komputer anda mempunyai slot PCI yang masih kosong.

2. Switch

Peranti ini diperlukan bagi membolehkan sambungan lebih daripada 3 komputer @ peranti rangkaian yang lain seperti printer, modem ADSL dan lain-lain. Switch boleh didapati di pasaran mengikut bilangan port yang disokong olehnya. Bilangan port yang anda perlukan adalah mengikut sebanyak mana komputer anda ingin jadikan rangkaian.

3. Kabel UTP (CAT 5)

Kabel ini digunakan untuk menyambungkan komputer ke switch atau komputer ke komputer. Kabel ini boleh anda dapati dipasaran mengikut panjang. Pastikan bilangan kabel yang anda perlukan adalah mencukupi.

Setelah semua peralatan yang diperlukan disediakan, tibalah masanya untuk anda menyambungkan setiap komputer. Berikut adalah contoh sambungan kabel.



Tetapkan (setting) nilai TCP/IP

TCP/IP adalah ibarat alamat bagi komputer. Nilai ini adalah unik bagi setiap komputer. Ini bermakna tiada nilai TCP/IP yang sama bagi komputer dalam sesebuah rangkaian.

Bagi pengguna windows, untuk menetapkan nilai TCP/IP, klik
start > control panel > network connection
double klik Local Area connection > properties
internet protocol (TCP/IP) > properties

Untuk alamat IP/netmask anda harus menggunakan salah satu segmen yang sudah dicadangkan untuk local network (Intranet) iaitu :

* IP = 10.x.y.z netmask = 255.0.0.0
* IP = 172.16-31.x.y netmask = 255.255.0.0
* IP = 192.168.0-255.x netmask = 255.255.255.0


Untuk pilihan 16-31 (segmen 2) atau 0-255 (segmen 3), anda harus pilih satu nombor. Sementara itu untuk x, y dan z boleh diisi nombor 1 hingga 254. Setiap komputer harus anda beri alamat IP yang unik. Contohnya jika anda pilih segmen pertama (paling mudah diingat), maka IP/mask komputer anda contohnya adalah:

Komputer1 : 10.0.0.1 / 255.0.0.0
Komputer2 : 10.0.0.2 / 255.0.0.0
Komputer3 : 10.0.3.4 / 255.0.0.0
Komputer4 : 10.5.6.7 / 255.0.0.0


Atau kalau pilih segment 192.168.1.x, maka pada IP/mask komputer anda adalah :

Komputer1 : 192.168.1.1 / 255.255.255.0
Komputer2 : 192.168.1.2 / 255.255.255.0
Komputer3 : 192.168.1.100 / 255.255.255.0
Komputer4 : 192.168.1.200 / 255.255.255.0


Setelah nilai TCP/IP anda telah tetapkan, tibalah masa untuk menyambungkan setiap komputer dan seterusnya membina sebuah rangkaian komputer anda sendiri.
Klik start > control panel > network setup wizard..
ikuti arahan seterusnya...

Ok, cukup setakat ini. Moga anda berjaya membina network anda sendiri. Sebarang pertanyaan sila kemukan pada bahagian komen...

6 comments:

imshahmemyselfandi said...

Salam bos...
Waaaa, byk betui tntg IT dlm ni bang. Ahakss. Yg sy diberitahu abg ada degree IT, tpi knpa tuan hamba tidak meneruskan di landasan keITian tersebut. F41 la.. Anda mampu mengubahnya. Hahaha

Anonymous said...

bgus ni..tq2...

ARLIZAM said...

GUDDD.MMG BERKESAN

Anonymous said...

makasih ya untuk artikelnya. pas banget nih buat tugas ane.

oia, jangan lupa mampir ke sini ya...

Anonymous said...

tak paham bab switch tu...adakah ia memang ada internet???atau tak perlu internet..cuma pasang kabel dan masukkan ip dan internet muncul????boleh ajar mcam mana untuk cek kad rangkaian dalam pc kita?plz

Admin said...

to anonymous (19 july 2011), utk pengetahuan saudara, switch hanya digunakan untuk menghubungkan antara dua atau lebih komputer bagi membentuk rangkaian komputer. Ianya bagi membolehkan setiap komputer dalam rangkaian yang sama (bergantung pada IP network card) berhubung antara satu sama lain. Setiap switch yang digunakan hanyalah untuk kegunaan rangkaian setempat (LAN), bagi membolehkan komputer dalam rangkaian anda disambung ke internet, anda memerlukan line internet yang boleh didapati dari ISP, ADSL modem dan Router ataau swtich