Tuesday 17 June 2008

Pemasangan komputer - CPU & Heat sink

Berjumpa kita lagi dalam sesi tutorial komputer. Agak lama rasanya saya tidak menulis dalam blog ni, maklum la sibuk sikit dengan kerja-kerja di hospital. Ok, kita terus ke sesi tutorial kita kali ni iaitu pemasangan CPU (intel LGA 775) dan heat sink.

Pengendalian Motherboard.
Komponen elektronik amnya dan komponen komputer khususnya amat sensitif. Badan kita mempunyai cas yang dikenali sebagai elektrostatik. Cas ini boleh merosakkan komponen komputer. Oleh itu pastikan anda mengikuti langkah-langkah berikut apabila mengendalikan komponen moteherboard:
Keluarkan motherboard dari bag ESD.
Letakkan motherboard pada permukaan rata dengan dilapik oleh bag ESD di bawahnya.
Jangan sentuh pada mana-mana komponen pada motherboard.

Penyediaan soket.

Perhatikan gambar di bawah. Kenalpasti setiap komponen soket.















Untuk membuka soket, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Tekan load lever ke bawah dan sedikit sisi keluar untuk melepaskannya dari tab penahan.

2. Pusing load lever ke kedudukan maksimum iaitu 135 darjah.

3. Pusing load plate ke kedudukan maksimum iaitu 100 darjah.

Periksa socket contact bagi mengesan sebarang kerosakan pada contact.
Buka 'Socket Protective Cover' pada load plate dengan menggunakan jari.


Periksa setiap pin pada soket bagi memastikan tidak berlaku sebarang kerosakan.

Penyediaan Processor.

Pastikan semasa mengendalikan processor, pegang processor pada bucunya. Jangan sentuh pada connection point di bahagian bawah processor kerana ini akan merosakkan processor tersebut. Buka protective cover pada processor dengan menggunakan jari. Pada processor teredapat dua notch di setiap sisinya. Notch ini bertujuan bagi mengelakkan processor dari tersalah pasang. Ini bermakna, processor hanya boleh dipasang pada satu arah sahaja. Setelah anda telah mengenalpasti kedua-dua notch iaitu pada processor dan socket, letakkan processor pada socket.



Setelah processor diletakkan pada socket dengan betul, tekan load plate dan load lever ke kedudukan asal.



Memasang Heat sink.

pasang heat sink pada motherboard mengikut alignment lubang pada motherboard. pastikan kabel kipas penyejuk berada dekat dengan fan header.

align fastener slot sejajar dengan sirip pada heat sink.



ketatkan heat sink pada motherboard dengan menekan fastener cap ke bawah dengan menggunakan ibu jari sambil tangan sebelah lagi memegang heat sink. Ulangi untuk setiap fastener cap yang lain.



Periksa untuk pastikan fastener cap betul-betul ketat dengan cara menariknya ke atas.

Sambung kabel kipas penyejuk ke fan header pada motherboard.


Proses pemasangan processor dan heat sink telah siap. Jika anda kurang pasti dengan setiap langkah pemasangan di atas, anda boleh merujuk kepada manual yang disertakan bersama dengan processor dan motherboard.

Video tutorial pemasangan processor :


Pemasangan komputer (INTRO)

Hari ini, saya akan mulakan langkah untuk memberikan anda panduan pemasangan komputer. Setiap langkah akan saya cuba perjelaskan dengan terperinci dan dalam bahasa yang paling mudah untuk anda fahami. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda bolehlah meninggalkan komen di laman ini. Setelah agak lama tidak menulis blog ini, bukan apa..dua tiga menjak ni agak sibuk dengan tugasan harian.

Langkah - langkah pemasangan komponen komputer:

Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu ikuti untuk memasang komponen komputer :

  1. Pemasangan CPU (Processor) dan heat sink.
  2. Pemasangan memori (RAM).
  3. Pemasangan Motherboard.
  4. Pemasangan Kad tambahan (expension Card).
  5. Penyambungan Case indicator light dan power.
  6. Penyambungan port.

Wednesday 4 June 2008

Bina Komputer (Part 2)

Berjumpa lagi kita di sesi tutorial pemasangan komputer klon. Bagaimanakah pemahaman anda sepanjang sesi tutorial yang lepas. Saya mengharapkan anda dapat memahaminya. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan, bolehlah diajukan kepada saya melalui ruangan "Comments" yang disediakan.

Ok lah, sekarang kita teruskan sesi tutorial ini. Setelah anda menentukan tujuan komputer yang akan anda bina, tibalah masanya untuk membeli perkakasan (hardware) yang anda perlukan untuk membina sistem komputer. Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu ikuti secara satu persatu.

  1. Tentukan Cip Pemproses (Processor) dan kapasiti RAM yang komputer anda akan gunakan. Jenisnya adalah bergantung kepada kegunaan komputer tersebut. Sila rujuk bab Bina komputer (part 1) untuk lebih faham. Contohnya, komputer yang akan bina bertujuan untuk melakukan kerja-kerja menaip dan melayari internet, jadi processor yang anda perlukan adalah Intel Celeron dan RAM 512MB.
  2. Setelah jenis Processor dan RAM ditentukan, membeli motherboard adalah perkara seterusnya yang anda perlu lakukan. Motherboard yang akan dibeli haruslah menyokong processor dan RAM yang akan anda gunakan. Rujuk bab Mengenali motherboard untuk maklumat lanjut.
  3. Dengan merujuk kepada manual pada motherboard, tentukan Bus speed bagi processor dan RAM yang disokong oleh motherboard. Rujuk bab mengenali processor dan RAM untuk maklumat lanjut. Setelah nilai bus speed kedua-dua hardware tersebut ditentukan, bolehlah anda membeli processor dan RAM mengikut nilai bus speed yang disokong oleh motherboard.
  4. Beli Casing untuk menempatkan kesemua komponen sistem komputer yang akan dibina. Casing yang dibeli haruslah menyokong saiz motherboard dan komponen lain.
  5. Beli hard disk, optical Disk (CDROM @ DVD ROM @ CD RW), floopy disk, monitor, keyboard, speaker dan mouse.
  6. Jika anda ingin menggunakan Kad tambahan (kad Grafik @ bunyi), beli mengikut yang disokong oleh motherboard.

Ok, setelah anda membeli kesemua komponen di atas, maka anda telah bersedia untuk membina sistem komputer klon anda sendiri...

DUNIA KOMPUTER KLON...PEACE