Friday 9 May 2008

Mengenali Cakera Keras (Hard Disc)

Berjumpa lagi pada sesi kali ini, diharap anda dapat mengikuti dan memahami sesi-sesi kita yang telah lalu. Pada sesi kali ini, kita akan membincangkan topik mengenai pemacu cakera keras(HARD DISC DRIVE).
Perhatikan gambar di atas, itu adalah pemacu cakera keras. Apakah yang dimaksudkan dengan pemacu cakera keras (hard disc drive) ini. Pemacu cakera keras adalah salah satu komponen internal storage pada sistem komputer. Ia adalah komponen yang menyimpan data di dalam sistem komputer dan data di dalamnya kekal walaupun tiada bekalan elektrik. Segala program di dalam komputer adalah disimpan di dalam pemacu cakera keras. Berikut adalah spesifikasi yang perlu anda tahu mengenai pemacu cakera keras.
kapasiti dan access speed.

Pemacu cakera keras yang berada di pasaran semasa mempunyai kapasiti penyimpanan sebanyak 120 gigabait (GB) hingga 1 terabait (TB) @ 1000 gigabait (GB) dan berputar pada kelajuan 7200 pusingan seminit . Kelajuan access speed biasanya 1Gigabit sesaat (Gbps). Semakin besar kapasiti cakera keras, semakin banyaklah data yang dapat dimuatkan. Manakala access speed mempengaruhi prestasi sistem komputer dimana semakin besar acces speed semakin lajulah komputer mengakses data yang mana ia secara langsung menambah kelajuan komputer.

Form Factor

Form factor adalah saiz pemacu cakera keras. Ia diukur berdasarkan kepada lebar pemacu. Unit form factor adalah inci. Form factor penting diketahui kerana slot pada bahagian hadapan casing dimana pemacu hendak ditempatkan hendaklah mempunyai saiz yang sama dengan saiz pemacu. Form factor bagi cakera keras untuk kegunaan komputer peribadi desktop adalah 3.5 inci.

Gambar di bawah menunjukkan dua pemacu cakera keras dipasang pada slot hadapan casing (slot telah diasingkan dari casing untuk gambaran lebih jelas).




Antaramuka (interfaces)



Antaramuka adalah cara untuk pemacu cakera keras berkomunikasi dengan komponen-komponen komputer yang lain. Komunikasi antara pemacu cakera keras dengan komponen lain adalah menggunakan bus yang dihubung dengan menggunakan kabel melalui connector yang terdapat pada pemacu dan motherboard. Bus yang digunakan hendaklah sama, contohnya pemacu cakera keras jenis SATA hendaklah disambungkan kepada connector jenis SATA pada motherboard dengan menggunakan kabel jenis SATA, dan begitu juga PATA / IDE. Terdapat dua antaramuka yang perlu anda ketahui iaitu:


  • ATA selari @ parallel ATA (PATA, biasanya dikenali sebagai IDE @ EIDE).

Gambar di bawah menunjukkan connector PATA pada motherboard dan kabel IDE.






  • ATA sesiri @ serial ATA (SATA, jenis yang terbaru).

Gambar di bawah menunjukkan connector SATA dan kabel SATA.




Gambar di bawah menunjukkan connector PATA / IDE (bawah) dan SATA (atas) yang terdapat pada pemacu cakera keras. Perhatilan bentuk connector adalah berlainan.







Perhatikan gambar di bawah untuk melihat bagaimana pemacu cakera keras disambungkan kepada kabel mengikut jenis interface yang digunakan. Gambar atas menunjukkan interface PATA / IDE manakala yang bawah menunjukkan interface SATA.







Apabila anda hendak membeli pemacu cakera keras, pastikan anda mengikut format ini :


( Jenis antaramuka , Kapasiti ).


contohnya :

Anda hendak membeli pemacu cakera keras jenis SATA yang berkapasiti 160GB (gigabait). Jadi anda hendaklah menyatakan kepada jurujual,
hard disc SATA 160GB.


OK, berjumpa kita disesi yang akan datang..

<<>>







1 comment:

wawaney said...

tanxs 4 d info.
sgt mmbantu sy bwat slide powerpoint utk present topik hard disk.
=)