RAM memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi sesuatu sistem komputer yang hendak dibina. Ianya bolehlah diibaratkan sebagai CC enjin pada kereta. Semakin besar CC atau kapasitinya, lagi lajulah ia. RAM yang besar membolehkan sistem anda berupaya untuk membolehkan banyak program beroperasi secara serentak, meningkatkan kelajuan program dan memainkan permainan dan multimedia dengan lebih baik.
OK, Sekarang kita akan mengenali RAM dengan lebih dekat. Gambar di bawah menunjukkan contoh komponen RAM yang terdapat dipasaran.
Ianya berupa seperti barisan cip yang disusun secara berturutan pada papan litar. Gambar di bawah pula menunjukkan soket untuk menempatkan RAM pada motherboard dan kedudukannya pada motherboard.
Sebelum anda membeli sesuatu RAM, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu, iaitu :
- Jenis RAM
Boleh dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu :
SD RAM (synchronous)
DDR RAM (double data rate)
DDR2 RAM (double data rate 2)
- Kelajuan RAM
Adalah kelajuan FSB (front speed bus) bagi memori (RAM). Nilai kelajuan FSB RAM haruslah disokong oleh motherboard yang mana RAM tersebut hendak ditempatkan. Dinyatakan dalam unit Hertz. Kelajuan RAM semasa yang boleh didapati di pasaran adalah dalam unit MegaHertz (MHz). Terdapat beberapa cara kelajuan RAM dinyatakan, bergantung kepada jenis RAM.
1. Bagi RAM jenis SD RAM :
Ditarafkan mengikut perkadaran langsung jam memori, bermula dari 66MHz hingga 133MHz. Dinyatakan dengan meletakkan huruf PC di hadapannya. Contohnya RAM beroperasi pada kelajuan 133, dirujuk sebagai PC133 SDRAM.
2. Bagi RAM jenis DDR dan DDR2:
Ditarafkan berdasarkan perkadaran langsung jam memori atau lebar jalur pada memori tersebut.
- Jika mengikut perkadaran langsung jam memori :
- Jika mengikut kadar lebar jalur :
266 MHz = 2100Mbps
333 MHz = 2700 Mbps
400 MHz = 3200 Mbps
533 Mhz = 4200 Mbps
667 MHz = 5300 Mbps
Contohnya RAM beroperasi pada kelajuan 400 MHz akan dirujuk sebagai DDR PC3200 atau DDR2 PC3200.
- Kapasiti RAM.
Membaca parameter pada RAM.
Perhatikan gambar di bawah
perhatikan label (pelekat putih) pada RAM. Pada bahagian bawah sekali, terdapat parameter seperti berikut : 256MB DDR PC 2100
256MB = kapasiti RAM.
DDR = Jenis RAM.
PC2100 = Kelajuan RAM mengikut kadar lebar jalur, atau jika megikut kadar langsung jam adalah 266MHz.
Bagaimana hendak membeli RAM?
Jika anda hendak membeli RAM dari kedai, pastikan anda mengikut format berikut :
(kapasiti RAM, jenis RAM, kelajuan RAM)
Contohnya, anda hendak membeli RAM 256MB DDR kelajuan FSB 266MHz, anda perlu menyebut RAM DDR 256MB bus speed 266.
OK, berjumpa kita pada sesi akan datang..
DUNIA KOMPUTER KLON