Thursday 26 February 2009

UBUNTU LINUX

Anda semua tentu sudah terbiasa dengan Windows XP ataupun Vista. Sistem operasi keluaran Microsoft ini seolah - olah mendominasi dunia perkomputeran serasi IBM sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1981. Bermula dengan Ms-DOS, Windows 3.0, Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows XP, Windows Vista dan yang terbaru Windows 7, Microsoft telah begitu sinonim dengan PC. Masyarakat telah menganggap komputer itu adalah Windows. Jika tanpa Windows komputer tidak akan berfungsi.

Tahukah anda apa itu Windows sebenarnya dalam istilah perkomputeran. Windows adalah salah satu daripada berpuluh-puluh jenis perisian yang dinamakan Sistem Operasi. Sistem Operasi adalah perisian yang membolehkan komputer itu berfungsi. Ianya menghubungkan perisian-perisian lain dengan perkakasan komputer.

Ubuntu Linux merupakan satu sistem operasi lengkap yang melakukan tugas sama seperti apa yang anda sering pakai sekarang seperi Microsoft Windows.

Ia mengamalkan konsep sumber terbuka yang bermakna sesiapa sahaja boleh melihat, mengedit, mencipta kod-kod programnya.

Ubuntu Linux juga terkenal dengan sifatnya yang mesra pengguna, stabil, selamat dan laju dan yang paling penting ianya PERCUMA. Percuma kerana anda tidak perlu membayar lesen unutk memasangnya pada komputer anda. Contohnya, jika anda memasang Windows XP pada komputer anda, anda haruslah membayar lesen penggunaan Windows kepada Microsoft yang biasanya berharga RM 300 bagi setiap PC, tetapi perkara ini tidak jika anda memasang Ubuntu Linux. Pasanglah pada seribu komputer, ianya tetap percuma.

Sesuai untuk laptop, desktop dan server.

Ini adalah screenshot komputer saya yang dipasang dengan Ubuntu Linux..

1 comment:

fysal said...

mama taruklah satu shoutbox ke..msjbox ke untuk kita bersembang..aku save link ko mamat..apa cerita??sihat??dah berapa org anak dah ko skrg??