Friday, 14 November 2008

Cara mudah bina Network sendiri di rumah

Jika anda mempunyai lebih dari 2 buah komputer, pastinya anda mahu menyambungkannya antara satu sama lain. Dengan kata lain, membina network bagi komputer di rumah anda. Pastinya banyak kelebihan mempunyai network sendiri, contohnya :

1. Main game multiplayer.
2. Berkongsi sambungan internet.
3. Berkongsi Fail dan software antara komputer.

Untuk membina rangkaian komputer di rumah, berikut adalah hardware yang anda perlukan:

1. Dua atau lebih Komputer

pastikan komputer anda mempunyai kad rangkaian. Kebanyakan komputer sekarang mempunyai kad rangkaian terbina dalam "onboard". Jika komputer anda tidak mempunyai kad rangkaian, anda boleh membelinya dari kedai komputer berhampiran. Biasanya kad rangkaian ini adalah dari jenis PCI. Pastikan komputer anda mempunyai slot PCI yang masih kosong.

2. Switch

Peranti ini diperlukan bagi membolehkan sambungan lebih daripada 3 komputer @ peranti rangkaian yang lain seperti printer, modem ADSL dan lain-lain. Switch boleh didapati di pasaran mengikut bilangan port yang disokong olehnya. Bilangan port yang anda perlukan adalah mengikut sebanyak mana komputer anda ingin jadikan rangkaian.

3. Kabel UTP (CAT 5)

Kabel ini digunakan untuk menyambungkan komputer ke switch atau komputer ke komputer. Kabel ini boleh anda dapati dipasaran mengikut panjang. Pastikan bilangan kabel yang anda perlukan adalah mencukupi.

Setelah semua peralatan yang diperlukan disediakan, tibalah masanya untuk anda menyambungkan setiap komputer. Berikut adalah contoh sambungan kabel.



Tetapkan (setting) nilai TCP/IP

TCP/IP adalah ibarat alamat bagi komputer. Nilai ini adalah unik bagi setiap komputer. Ini bermakna tiada nilai TCP/IP yang sama bagi komputer dalam sesebuah rangkaian.

Bagi pengguna windows, untuk menetapkan nilai TCP/IP, klik
start > control panel > network connection
double klik Local Area connection > properties
internet protocol (TCP/IP) > properties

Untuk alamat IP/netmask anda harus menggunakan salah satu segmen yang sudah dicadangkan untuk local network (Intranet) iaitu :

* IP = 10.x.y.z netmask = 255.0.0.0
* IP = 172.16-31.x.y netmask = 255.255.0.0
* IP = 192.168.0-255.x netmask = 255.255.255.0


Untuk pilihan 16-31 (segmen 2) atau 0-255 (segmen 3), anda harus pilih satu nombor. Sementara itu untuk x, y dan z boleh diisi nombor 1 hingga 254. Setiap komputer harus anda beri alamat IP yang unik. Contohnya jika anda pilih segmen pertama (paling mudah diingat), maka IP/mask komputer anda contohnya adalah:

Komputer1 : 10.0.0.1 / 255.0.0.0
Komputer2 : 10.0.0.2 / 255.0.0.0
Komputer3 : 10.0.3.4 / 255.0.0.0
Komputer4 : 10.5.6.7 / 255.0.0.0


Atau kalau pilih segment 192.168.1.x, maka pada IP/mask komputer anda adalah :

Komputer1 : 192.168.1.1 / 255.255.255.0
Komputer2 : 192.168.1.2 / 255.255.255.0
Komputer3 : 192.168.1.100 / 255.255.255.0
Komputer4 : 192.168.1.200 / 255.255.255.0


Setelah nilai TCP/IP anda telah tetapkan, tibalah masa untuk menyambungkan setiap komputer dan seterusnya membina sebuah rangkaian komputer anda sendiri.
Klik start > control panel > network setup wizard..
ikuti arahan seterusnya...

Ok, cukup setakat ini. Moga anda berjaya membina network anda sendiri. Sebarang pertanyaan sila kemukan pada bahagian komen...

Sunday, 19 October 2008

Cara mudah meningkatkan prestasi komputer

Sesuai dengan tajuknya, penyelesaiannya juga mudah. Bagi meningkatkan prestasi kelajuan komputer anda, anda tidak perlu untuk membeli PC baru, cukup hanya dengan menambah RAM sahaja. Jika PC anda sekarang menggunakan RAM 512MB, cuba tambah RAM anda menjadi 1GB. Ternyata kelajuan PC anda akan berganda....



Tetapi pastikan yang RAM yang anda beli itu sama spesifikasinya dengan RAM lama anda. Untuk lebih memahami RAM, rujuk rencana mengenali RAM.



Cukup setakat ini...

Wednesday, 15 October 2008

Kongsi STREAMYX (Bahangian 2)

Kali ini saya akan menerangkan tentang bagaimana untuk anda berkongsi sambungan internet (STREAMYX). Pada rencana yang lepas, saya telah menerangkan bagaiman caranya untuk berkongsi sambungan internet dengan menggunakan kaedah "Internet Connection Sharing" yang terdapat pada sistem operasi Windows XP. Walaupun kaedah ini dilihat agak praktikal, tetapi terdapat beberapa kelemahan yang agak ketara apabila anda menggunakannya. Di sini saya senaraikan kelemahannya :

Kebarangkalian untuk terjadinya gangguan kepada sambungan Internet dalam sesebuah rangkaian adalah besar memandangkan sebuah komputer telah disetkan untuk bertindak sebagai SERVER. Apabila SERVER mengalami gangguan, contohnya "Hang", semua komputer Client dalam rangkaian tersebut akan turut sama mengalami gangguan sambungan internet.

Komputer yang bertindak sebagai SERVER harus beroperasi (On) bagi membolehkan perkongsian sambungan internet.

Setiap komputer yang disambungkan kepada rangkaian haruslah ditetapkan nilai TCP/IP. Ini sedikit sebanyak agak menyusahkan....

Bagi mengatasi masalah yang disebutkan di atas, maka saya akan menerangkan kepada anda mengenai kaedah lain bagi membolehkan perkongsian sambungan internet dalam sesuatu rangkaian.

Berikut adalah contoh sambungan kabel dalam rangkaian.

Berbeza dengan kaedah "Internet Connection Sharing" yang mana Pc1 akan bertindak sebagai SERVER, kaedah kali ini MODEM ADSL pula akan bertindak sebagai SERVER. Modem yang saya gunakan adalah "ADSL Modem 2/2+ DB102" keluaran syarikat RIGER yang didatangkan bersama semasa saya melanggan STREAMYX COMBO.

Bagi membolehkan modem bertindak sebagai SERVER :

Setkan modem untuk mendail sendiri sambungan ke Internet dengan memilih MODE PROTOCOL CONFIGURATION sebagai PPOE.

Setkan modem supaya bertindak sebagai DHCP SERVER.

Anda boleh merujuk buku manual modem yang dibekalkan bersama modem memandangkan untuk mengubah setiap tetapan (setting) pada modem adalah berlainan mengikut jenis modem.

Setelah modem telah disetkan sebagai DHCP SERVER, ubah nilai TCP/IP setiap komputer (Pc1, Pc2 dan seterusnya) kepada "Obtain an IP address automatically" dan "Obtain DNS SERVER address automatically"

Sekarang anda boleh menikmati perkongsian sambungan internet dengan lebih pantas dan stabil.... Jika terdapat sebarang kemusykilan, tinggalkan pertanyaan anda pada bahagian Comments, sertakan alamat e-mail bagi membolehkan saya membalas soalan anda.

Selamat mencuba....

Sunday, 27 July 2008

Pemasangan komputer - Memory (RAM)

Setelah berjaya memasang CPU & heat sink, langkah seterusnya dalam pemasangan komputer adalah memasang RAM. Bagi membina sistem yang pantas dan stabil, pemilihan RAM adalah memainkan peranan yang penting. Pastikan anda memilih modul RAM yang disokong oleh motherboard dan jika anda ingin memasang modul RAM lebih daripada satu modul, pastikan modul RAM tersebut adalah dari jenis yang sama dari segi kelajuan BAS ( Bus speed).

Sekarang kita ikuti langkah-langkah yang perlu diikuti bagi memasang modul RAM pada motherboard:


Kenalpasti slot RAM pada motherbard. Terdapat pelbagai warna slot yang digunakan pada motherboard. Pastikan juga bilangan slot RAM yang ada pada motherboard bagi tujuan meningkat upaya (upgrade) pada masa depan. Berikut adalah contoh slot RAM pada motherboard :


Pada setiap sisi slot RAM, terdapat dua ejector tab. Pastikan ejector tab berada pada posisi buka dengan menekan ke arah luar ejector tab tersebut.


Pada modul RAM dan slot RAM terdapat notch. Notch ini bertujuan bagi mengelakkan salah pemasangan. Setelah posisi notch pada modul RAM dan slot RAM sama, masukkan modul RAM ke dalam slot RAM secara menegak.


Tekan modul RAM ke bawah sehingga ejector tab klik pada notch yang terdapat pada sisi modul RAM.


Untuk lebih kefahaman, saksikan video ini :



Proses pemasangan RAM telah selesai. Berjumpa kita lagi di sesi yang akan datang.

Tuesday, 17 June 2008

Pemasangan komputer - CPU & Heat sink

Berjumpa kita lagi dalam sesi tutorial komputer. Agak lama rasanya saya tidak menulis dalam blog ni, maklum la sibuk sikit dengan kerja-kerja di hospital. Ok, kita terus ke sesi tutorial kita kali ni iaitu pemasangan CPU (intel LGA 775) dan heat sink.

Pengendalian Motherboard.
Komponen elektronik amnya dan komponen komputer khususnya amat sensitif. Badan kita mempunyai cas yang dikenali sebagai elektrostatik. Cas ini boleh merosakkan komponen komputer. Oleh itu pastikan anda mengikuti langkah-langkah berikut apabila mengendalikan komponen moteherboard:
Keluarkan motherboard dari bag ESD.
Letakkan motherboard pada permukaan rata dengan dilapik oleh bag ESD di bawahnya.
Jangan sentuh pada mana-mana komponen pada motherboard.

Penyediaan soket.

Perhatikan gambar di bawah. Kenalpasti setiap komponen soket.















Untuk membuka soket, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Tekan load lever ke bawah dan sedikit sisi keluar untuk melepaskannya dari tab penahan.

2. Pusing load lever ke kedudukan maksimum iaitu 135 darjah.

3. Pusing load plate ke kedudukan maksimum iaitu 100 darjah.

Periksa socket contact bagi mengesan sebarang kerosakan pada contact.
Buka 'Socket Protective Cover' pada load plate dengan menggunakan jari.


Periksa setiap pin pada soket bagi memastikan tidak berlaku sebarang kerosakan.

Penyediaan Processor.

Pastikan semasa mengendalikan processor, pegang processor pada bucunya. Jangan sentuh pada connection point di bahagian bawah processor kerana ini akan merosakkan processor tersebut. Buka protective cover pada processor dengan menggunakan jari. Pada processor teredapat dua notch di setiap sisinya. Notch ini bertujuan bagi mengelakkan processor dari tersalah pasang. Ini bermakna, processor hanya boleh dipasang pada satu arah sahaja. Setelah anda telah mengenalpasti kedua-dua notch iaitu pada processor dan socket, letakkan processor pada socket.



Setelah processor diletakkan pada socket dengan betul, tekan load plate dan load lever ke kedudukan asal.



Memasang Heat sink.

pasang heat sink pada motherboard mengikut alignment lubang pada motherboard. pastikan kabel kipas penyejuk berada dekat dengan fan header.

align fastener slot sejajar dengan sirip pada heat sink.



ketatkan heat sink pada motherboard dengan menekan fastener cap ke bawah dengan menggunakan ibu jari sambil tangan sebelah lagi memegang heat sink. Ulangi untuk setiap fastener cap yang lain.



Periksa untuk pastikan fastener cap betul-betul ketat dengan cara menariknya ke atas.

Sambung kabel kipas penyejuk ke fan header pada motherboard.


Proses pemasangan processor dan heat sink telah siap. Jika anda kurang pasti dengan setiap langkah pemasangan di atas, anda boleh merujuk kepada manual yang disertakan bersama dengan processor dan motherboard.

Video tutorial pemasangan processor :